Vanila Coklat Akan Difilemkan Tak Lama Lagi

Berita baik buat peminat peminat Vanila Coklat yang jatuh cintan dan suka sangat babak babak romantis pasangan Zara dan Amir dalam Vanila Coklat, drama romantik ini akan difilemkan tak lama lagi. Pihak Grand Brilliance Sdn Bhd berminat untuk membawa Vanila Coklat yang ditonton oleh 4. 5 juta ke layar perak tak lama lagi.

Pengambaran filem Vanila coklat akan bermula pada bulan Mei ini dan semua pelakon yang pernah berlakon dalam Vanila Coklat akan dikekalkan. Dijangka Vanila Coklat The Movie ni akan ditayangkan pada tahun depan.

Jumlah penonton 4.5 juta tu..ramai kan yang minat Vanila Coklat..apa yang menarik sangat mengenai drama romantik komedi ni..heronya yang kacak kah..lakonan yang mantap kah?.. tapi rasanya jawapan yang paling tepat ialah babak romantis yang ditunjukkan oleh pelakon utamanya. Memang orang suka tu.. :) takleh nak kata apa dah…

Fenomena Vanila Coklat dan Zara Amir memang terbawa-bawa oleh penonton hingga ke luar drama, jadi tak heranlah diorang suka sangat kalau pelakon Aiman dan Izara ni bercinta sungguh kat luar dari babak dlm drama :)

Tunggu lah nanti filem Vanila Coklat untuk melihat sambungan percintaan Zara dan Amir dalam filem kelak..atau Zara akan dapat anak ke? hehehe… bestttt

Apa kata ambil Aliff Aziz jadi adik Amir hehe!! atau pun anak Amir dan Zara apabila diorang tua dalam filem..

Artikel menarik

Izara dan Aiman Hakim sudah punya kekasih hati

Sambutan Hebat Vanila Coklat

Aiman Hakim carian 9 dari 10 tertinggi Google Malaysia

 

 

 

 
nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Vanila Coklat Akan Difilemkan Tak Lama Lagi”

  1. Norizwan says:

    wooo…lambat nya…
    Norizwan recently posted..(video) Lebuh raya elektrik beroperasi di AS

  2. kopipanas says:

    filem vanila coklat..mesti dpt sambutan hangat

  3. Han!h says:

    Banyak betoi peminat drama ni, saya tak t’minat pulak, haha…

  4. akubiomed says:

    Saya tidak menonton drama Vanila Cokelat tetapi tidak sangka ia mendapat sambutan.
    akubiomed recently posted..Proton Power of 1 di Stadium Bukit Jalil

  5. wandisini says:

    er..cerita apa ni? haha..
    orang rumah aku tengok gak cerita ni. terpaksa gak lah aku tengok. munkin bukan genre drama yang aku suka tengok, so tak berapa mengikuti sangat drama ini
    wandisini recently posted..Golongan Muda Masa Depan Negara

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold