Tempahan Proton Tuah P3-21A Hujung Bulan Mac Ni

Proton masih tak sebut nama model terbaru ni ye? hanya meletakkan nama kod P3-21 A :) tetapi  nama konsep bagi model terbaru keluaran Proton ini ialah ‘Proton Tuah”.  Pada hujung bulan Mac ini pengguna boleh membuat tempahan untuk membeli Proton Tuah, ini kerana Proton Holdings Berhad dijangka melancarkan kereta terbarunya yang ketika ini dikenali sebagai P3-21A tak lama lagi.

Proton Tuah Enjin Campro 1.6 Turbo Harga Serendah RM60,000

Proton Tuah ada 4G dan modem

Proton Tuah juga dikatakan menyediakan akses Internet 4G kepada para pengguna. Proton menyediakan Modem dan pengguna boleh melayari internet dalam kereta yang dipandu. Wow! menarik, tetapi pemandu tak boleh lah melayari internet sebab itu merbahaya, hanya penumpang saja lah boleh layari internet :)

Tempahan Proton dijangka Serentak dengan pameran automotif terbesar yang berlangsung pada 14 – 18 Mac ini yang bertempat di Stadium Bukit Jalil.

Proton Tuah Lebih Sporty dan Elegan

Rekabentuknya agak lain dari Proton Persona, Tuah lebih sporty dan elegan.

Aksesori tambahan dibahagian luar seperti “side mirror indicator signal light” (lampu signal di bahagian cermin pandang sisi), dijangka model tersebut akan mendapat sambutan hangat di pasaran.

 

Gambaran awal P3 21 A

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Tempahan Proton Tuah P3-21A Hujung Bulan Mac Ni”

  1. Han!h says:

    ‘Tuah’ tu nama concept car dia kan, bukan nama production nanti kan…

  2. akubiomed says:

    Saya tidak sabar untuk menunggu pengumuman rasmi dari Proton.
    akubiomed recently posted..My Pinky Moments Contest – Eyriqazz

  3. yas says:

    Buat masa sekarang ni…Tuah mmg nama utk konsep car tu…P3-21A masih belum ada nama lagi…:)
    yas recently posted..AKU ANTARA 15 BLOGGER KACAK DI MALAYSIA

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold