Siti Nurhaliza Rancang Dapat Khidmat Bruno Mars dan David Foster Bagi Albumnya

Siti Nurhaliza akan mengorak langkah lagi dengan  album Inggeris keduanya yang masih di peringkat perancangan. Datuk Siti merancang untuk mendapat khidmat dari David Foster dan pasukan penulis lagu The Smeezingtones yang menulis lagu untuk Bruno Mars.

The Smeezingtones ini pernah menyumbangkan karya buat beberapa penyanyi  terkenal seperti Lil Wayne, Sugababes, Flo Rida, Charice dan ramai lagi. The Smeezingtone yang cipta lagu Bruno Mars, Marry You dan It Will Rain. Bukan calang-calang ye pihak yang Siti nak bekerjasama ni ye.

 

David Foster pula ialah penyanyi, penerbit muzik, komposer yang mendapat 16 anugerah di Grammy Awards. David Foster telah menerbitkan rakaman lagu lagu untuk penyanyi hebat seperti Mariah Carey, Bryan Adams, Tony Braxton, Whithney Houston, Michael Jackson, Madonna dan byk lagi la yang hebat hebat. Kalau lah Datuk Siti dapat bekerjasama dgn David Foster..memang tak leh nak kata pa la..hebat..nama Datuk Siti Nurhaliza mungkin akan tersenarai sebagai artis yang bekerjasama dengan Dab=vid Foster..:)

tunggu la nanti perkembangan selanjutnya sama ada Datuk Siti berjaya ke tidak dengan impiannya.

Siti sekarang tengah mempromosi lau Inggerisnya Remember You, yang mana Siti berduet dengan Sean Kingston. Remember You ialah single yang dimuatkan dalam album Inggeris pertama Datuk Siti bertajuk All Your Love.

Bagi merealisasikan impian Datuk Siti bekerjasama dengan David Foster dan Bruno Mars, anak tirinya Adib Datuk Khalid,  Pengarah Urusan syarikat What’s Up Entertainment telah berlepas ke Los Angeles  semasa anugerah Grammy untuk berbincang dengan wakil komposer dan penyanyi Bruno Mars.

Siti turut berkongsi khabar gembira apabila album Inggeris sulungnya telah pun terjual sebanyak 40,000 unit sejak ia dilancarkan pada September tahun lalu dan 30,000 secara digital menerusi single pertama, Falling In Love.

All Your Love dijangka memasuki pasaran di negara Singapura dan Indonesia selewat-lewatnya pada pertengahan tahun ini.

Ujar Siti, pihaknya sedang berusaha bagi memastikan semua peminat di negara berkenaan dapat memiliki album itu secepat mungkin.

sumber : mstar online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Siti Nurhaliza Rancang Dapat Khidmat Bruno Mars dan David Foster Bagi Albumnya”

  1. akubiomed says:

    Bersunggu-sungguh Datok Siti berusaha untuk album Inggeris. Beliau benar-benar beriltizam untuk album Inggeris mendapat tempat peminat dan peminat baru.
    akubiomed recently posted..Video promo Proton P3-21A

  2. ProfHariz says:

    Kalaulah siti boleh dapat khidmat bruno mars dan david foster memang meletop lah kan~
    ProfHariz recently posted..My Pinky Moments

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold