Siti Nur Fatiha Tidak Diculik Tetapi Lari Ke Rumah Teman Lelaki

Geram pun ada, kecewa pun ada, apabila membaca kisah sebenar Siti Nur Fatiha yang dilaporkan oleh akhbar yang kononnya dia diculik, rupanya Fatiha yang berusia 15 tahun ni lari duduk di rumah teman lelaki atas alasan dia tertekan dengan keadaan di rumahnya. Apa yang membuat dia tertekan tu tidak lah diketahui.

Fatiha Mahadi

Simpati mengenai kisah gadis bernama Fatiha Mahadi kini bertukar menjadi geram dan kesal, apatah lagi ye perasaan ibu bapanya, adik adiknya yang masih trauma disangkakan kakak kesayangan mereka diculik rupanya kakak mereka tu merancang penculikan, biar nampak macam real aje kena culik rupanya lari duduk dengan teman lelaki.

Sungguh pendek akal, sanggup membuatkan perasaan ibu bapanya risau, dan semua akhbar dan media menyangkakan Fatiha ni diculik. Komen komen di facebook pun rata-rata kecewa dan marah dengan perbuatan Fatiha.

Selepas kejadian ini, Fatiha yang kononnya tertekan apabila berada di rumah akan merasa tenangkah?

apabila mukanya terpampang di dada akhbar, berita mengenai kes culik yang tipu tu..dan kat sekolah apakah dia mampu berdepan dengan rakan -rakan dan guru?

Tak kesiankah pada ibu dan bapa yang bersusah payah mendewasakan dia dan memberi pendidikan akhirnya anak lari ikut teman lelaki yang baru dikenali?

Tak kesiankah dia kepada adik adiknya yang menangis rindukan dia?

Kesiankan lah ibu dan bapa anda wahai Fatiha, jangan jadi anak derhaka dan merosakkan masa depan anda yang masih jauh.

 

Petikan berita mengenai kes Siti Nur Fatiha terkini

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.

“Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas.

Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.

Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini.

“Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya,” katanya.

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

“Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan,” katanya
“Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik.

sumber : Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Siti Nur Fatiha Tidak Diculik Tetapi Lari Ke Rumah Teman Lelaki”

  1. akubiomed says:

    Sedih diusia muda terperangkap dengan cinta.
    akubiomed recently posted..Pelancaran Kawasaki GT World dan Pusat GIVI

  2. fid says:

    apa pun tak boleh..tuh jadinya bila buat keje tak pikir dulu..konon tenang laa lepas larikan diri?..dia tatau satu malaysia lak akan pressure dia atas tindakan dia tu..parents dh nangis2..org2 dh tlg forward sbb risaukn keselamatan dia..budak br nk kenal dunia..sket2 nk lari..sket2 nk memberontak..ish ish
    fid recently posted..Zoom Sabah

  3. syahrilhafiz says:

    hmm tekanan sebab mak ayah mungkin..biasa la budak2 sekolah nak memberontak :)

  4. Dino says:

    Anak teman pernah jadi mcm ini. Teman ingat dia giler sangat kat lelaki tu, last-last baru dapat tahu lelaki tu guna ilmu hitam. Sama juga dia kata dia pergi secara sukarela.

  5. yas says:

    Jiwa remaja mmg suka membantah…tp dgn cara ini…mmg hancur laaaa jadikknyaaaa
    yas recently posted..DIVIDEN RM6.50, AMANAH SAHAM MALAYSIA

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold