Siti Nur Fatiha Disyaki Diculik Dikatakan Selamat Oleh Lelaki Misteri

Siti Nur Fatiha yang disyaki diculik dikatakan selamat apabila ibu-bapa Fatiha mendapat panggilan telefon dari seorang yang tidak dikenali menyatakan Fatiha selamat dan berada di rumah ibu angkatnya. Panggilan itu dibuat pada pukul 2 pagi oleh lelaki berkenaan meminta ibu Fatiha tidak bimbang.

 

Pada mulanya lelaki itu menyamar memberitahu dia pelajar tingkatan empat satu sekolah dengan Fatihah, namun apabila didesak dia akhirnya memberitahu dia adalah kawan kepada Fatihah.

Petikan berita dari Sinar Harian:

“Saya mendapat panggilan telefon pada kira-kira 2 pagi dan meminta saya dan keluarganya usah bimbang. Pada mulanya lelaki itu menyamar memberitahu dia pelajar tingkatan empat satu sekolah dengan Fatihah, namun apabila didesak dia akhirnya memberitahu dia adalah kawan kepada Fatihah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Nor Mala berkata lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa Fatihah akan pulang ke rumah dalam masa terdekat setelah kehilangannya kini telah menjadi kes polis.

“Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal.

“Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi,”

 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Pelik jugak apabila 3 orang merentap tangan Fatiha dan membawa naik kereta Honda kemudian dikatakan selamat di rumah ibu angkat Fatiha. Agak sukar mempercayai cerita lelaki tak dikenali itu, Adakah rekaan semata-mata lelaki terbabit?

Pada mula dia berkata dia pelajar tingkatan 4 , kemudian mengaku dia kawan Fatiha, berumur 20-an ada rekod polis. ..tetapi apa2 pun kita serahkan saja kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Siti Nur Fatiha Disyaki Diculik Dikatakan Selamat Oleh Lelaki Misteri”

  1. sohoque says:

    kadang-kadang terasa macam something fishy jer behind the story.. tp masih awal utk buat andaian.
    sohoque recently posted..Siti Nur Fatihah Selamat?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold