Sinopsis Pulau Tv9

Drama bersiri PULAU ala ala filem Lost ni sudah tayang 2 episod di TV9. Saya hanya sempat lihat episod 2 baru baru ni. Barisan pelakon dalam Pulau ni antaranya,¬†Sharifah Amani, Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Muniff Isa, Fazlina Dato’ Ahmad Daud, Noorkhiriah, Suffian Mohamad dan juga Azma Aizal Yusoof.

Azma bukan saja berlakon dalam ni tetapi dia mengarahkan drama Pulau ni.

Semua pelakon hebat hebat belaka ye, ada Beto ada Sharifah Amani dan Bront Palarae.

Sinopsis Pulau:

Mengisahkan sekumpulan remaja yang telah memenangi pakej pelancongan ke Pulau Sanggar. Antara yang menyertai percutian itu ialah blogger terkenal Yana(lakonan Sharifah Amani) , Azri usahawan muda(lakonan Bront) , Aqilah seorang peramugari (lakonan Natasha Hudson), Noni (lakonan Amyza Adnan), Pali( Chomatt Samad) , Pian Komando, Madam Zara (lakonan Fazlina Ahmad Daud) pemilik agensi pelancongan itu.

Dalam perjalanan ke Pulau Sanggar itu, bot yang membawa mereka telah mengalami kerosakan dan terdampar di pulau itu. Apabila mereka sedar bot yang memabwa mereka sudah tidak ada lagi.

Mereka terpaksa hidup di pulau tersebut tanpa keperluan asas dan belajar cara nak harungi kesusahan di hutan.

Kejadian pelik dan aneh mula menghantui mereka apabila seorang demi seorang dari kalangan mereka mati dibunuh tanpa mengetahui siapa yang membunuh.

Misteri pembunuhan semakin lama semakin terungkai apabila mereka yang masih hidup dapat merasakan hubungkait  kematian mangsa dengan kejadian yang berlaku.

Saksikan kesudahan cerita Pulau di Slot 9x TV9 setiap rabu jam 10.30 malam.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold