Sinopsis Mahabbah Samarinda TV3

Mahabbah slot Samarinda di tv3 yang baru ni akan ditayangkan pada malam ni 27hb Mac 2012 menggantikan Pelangi Kasih. Antara pelakon yang akan membintangi drama Mahabbah ialah Nur Fathia, Azlee Khairi, Dato Jalaluddin Hasan, Aida Aris, Anzalna, Fazlina Ahmad Daud dan pelakon Vanila Coklat Aiman Hakim Redza.

Sinopsis

Mengisahkan seorang gadis bernama Sabila (Nur Fathia) yang hanya bekerja di butik dan jatuh cinta dengan seorang pemuda bernama Iskandar (Azlee Khairi) yang berasal dari keluarga kaya. Walaupun perhubungan cinta mereka ditentang, tetapi mereka tetap juga mendirikan rumahtangga tanpa restu keluarga pemuda tersebut.

Selepas berkahwin, mereka dianugerahkan cahaya mata yang bernama Asyraf. Meskipun kehidupan Iskandar bahagia di samping keluarga tersayang, namun di sebalik kebahagian itu dia terpaksa menanggung derita akibat daripada penyakit kanser yang dihadapinya.

Iskandar cuba menyembunyikan penyakit kanser yang dialaminya dari pengetahuan Sabila. Namun begitu penyakitnya itu bertambah teruk sehingga menyebabkan dia pengsan. Iskandar dikehendaki untuk menjalani pembedahan dan ini memaksa meminta pertolongan dari bapa mertuanya. Tan Sri Sabri bersetuju untuk menghulurkan bantuan tetapi mengenakan syarat supaya Sabila meninggalkan Iskandar dan Asyraf.

Sabila bersetuju untuk menuruti syarat bapa mertuanya itu dan meninggalkan Iskandar sejurus pembedahan dilakukan. Berbulan lamanya Iskandar menanti kepulangan Sabila. Namun penantian itu berakhir dengan kehadiran surat cerai daripada Sabila. Sabila terpaksa menipu dengan memberi alasan bahawa dia ingin kembali ke pangkuan bekas kekasihnya. Tan Sri Sabri berusaha untuk menjodohkan Iskandar dengan pilahannya, Kartina (Anzalna Nasir). Selepas beberapa tahun, Iskandar menjumpai Sabila menerusi majalah sebagai pereka fasyen yang berjaya. 

Asyraf disahkan mempunyai masalah lemah jantung dan memerlukan penderma. Sejurus Sabila mengetahui mengenai penyakit yang dialami oleh Asyraf, dia terus datang untuk menghulurkan bantuan. Pada masa yang sama, Iskandar ingin mengetahui kebenaran daripada Sabila. Berjayakah Iskandar mendapat kebenaran yang bertahun lamanya disembunyi oleh Sabila? Adakah kepulangan Sabila akan mengubah segala-galanya? Berjayakah Iskandar dan Sabila mengecapi kebahagian yang pernah punah sebelum ini? Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya?

 

Slot Samarinda sudah bertukar waktu tayangan :  Selasa Rabu jam 10.30 malam  dan Khamis 9.30  malam

 

 

 

 

 

Lagu OST Mahabbah Sesaat Kau Datang -Ramlah Ram feat Sleeq

 

Lagu Cinta Harus Memiliki – Anuar Zain

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Sinopsis Mahabbah Samarinda TV3”

  1. suri says:

    jeng2 klu sempat sampi umah nk masak utk kluga cam katon best gak lekat kt tv lama2 tnpa ada gangguan heeee

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold