Sinopsis 3 Janji – Lestary TV3

Selepas tamatnya Vanila Coklat yang meletop2 tu, kini slot Lestary Tv3 diisi dengan drama bersiri baru 3 Janji lakonan Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle dan Shah Iskandar. Antara pelakon yang turut sama menjayakan drama 3 Janji ni ialah  Ana Dahlia, Idzham Ismail, Hanez Suraya, Ungku Ismail, Roy Azman, Rosnah Johari, Zara Zya. 

3 Janji akan ditayangkan pada 20 Mac 2012 jam 9 malam setiap Selasa, diarahkan oleh pengarah Heykal Hanifah.

SINOPSIS 3 JANJI

Mengisahkan Dalia (lakonan Liyana Jasmay) dan Khursyi yang berkawan sejak kecil, mereka rapat dan saling menyayangi antara satu sama lain serta saling memahami. Malangnya Khursyi telah pergi dahulu semasa mereka ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan hendak mengambil keputusan SPM.

Dalia redha dengan pemergian kawan rapatnya Khursyi dan dia selalu ingat akan 3 JANJI yang dilafazkan oleh Khursyi kepadanya, iaitu mencari teman hidup yang boleh menjadi teman terbaik, mencari kekasih terbaik buatnya, dan terkahir mencari suami terbaik.

Kini muncul dalam hidup Dalia, Kamil dan Yassin, apakah kemunculan Kamil dan Yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dalia serta menepati  3JANJI yang pernah diungkapkan oleh Khursyi.

update: dari maklumat Shazzle crew/kelab peminat Sharizal Jaszle, Kamil dan Khursyi adalah watak yang dimainkan oleh Shahrizal Jazsle, selepas kematian Khursyi. Kamil adalah rakan Dalia semasa di IPT, jadi antara Kamil dan Yassin siapakah pilihan Dahlia, adakah Kamil yang wajah serupa seperti Khursyi yang dipilih Dalia atau Yassin yang dilakonkan oleh Shah Iskandar?

Adakah 3 Janji akan mendapat sambutan hebat seperti Vanila Coklat yang hero utamanya menjadi antara carian 10 popupar di Google Malaysia

Promo trailer 3 Janji

 

 

Pelakon 3 janji

 

 

Hanez suraya sebagai maksu Dalia dalam 3 Janji

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Sinopsis 3 Janji – Lestary TV3”

  1. Norizwan says:

    tengok styke budak sekolah mcm gempakz jer citer ni…
    Norizwan recently posted..[3 gambar] Jambatan Brooklyn pecah ditutup jalan selama 3 jam

  2. kakyong says:

    baru nampak sinopsis nya…

    Shahrizal bawa watak khursyi lah ni…
    kakyong recently posted..Blog yang di’tinggal’ di beri BE… blog ini bila lagi..

  3. nurizspace says:

    liyana jasmay sangat comel

  4. chii says:

    aisey..ada cinta 3 segi ar nnt tu
    chii recently posted..Banjir

  5. [...] Nurizspace (pelakon, sinopsis dan gambar 3 Janji), Encik Nakal (Filem Vanila [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold