Shila Amzah dan Sharnaaz Terperangkap dalam Banjir 12 jam

Hujan lebat dan banjir yang melanda beberapa tempat di sekitar KL, Ampang semalam telah menyebabkan ramai mangsa terpaksa dipindahkan, ada jugak berlaku tanah runtuh dan rumah dihanyutkan arus sungai. Dalam pada tu artis Shila Amzah dan kekasihnya Sharnaaz pun turut terperangkap dalam banjir di Ulu Langat  semalam. 

Ikuti cerita Shila Amzah di twitternya

Sharnaaz dan Shila telah keluar makan malam di sebuah restoran berdekatan, Shila datang bersama ibunya kemudian Shila telah pulang dengan kekasihnya Sharnaaz dan ibu dia mengekori dari belakang ( bagi can nampak :)  sporting ibu Shila ek).

 

Mereka telah berhenti di sebuah stesen minyak kerana diberitahu oleh ibunya untuk berpatah balik, jalan menuju ke rumah Shila di Ampang sudah ditenggelami air.

Sharnaaz cuba berpatah balik untuk ikut melalui laluan Bukit Ampang tetapi jalan telah ditutup oleh pihak polis dan mereka berdua tersadai di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya.

Shila dan Sharnaaz serta orang awam lain terpaksa duduk di dalam lori muatan pasir itu sehingga awal pagi, Khamis kerana air masih belum surut.

 

Shila memberitahu di twitternya dia terpaksa bermalam di atas lori yang tidak berbumbung dan mengharungi hujan lebat sepanjang malam dan hanya keluar daripada kawasan itu lewat pagi ini.

Kereta waja milik Sharnaaz telah ditenggelami air hingga paras stereng, memang terpaksa dihantar ke bengkel le kerana rosak teruk. Mengharungi banjir teruk buat kali pertama memang menakutkan buat mereka berdua.

 

Shila dan Sharnaaz sempat berposing

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Shila Amzah dan Sharnaaz Terperangkap dalam Banjir 12 jam”

  1. Kesian noee.. hehe..
    Asyraf Asnawi recently posted..TONTON ONLINE ADNAN SEMPIT 2 FULL MOVIE

  2. nabila abil says:

    gedik sangat minah ni, sempat bergambar lagi tu eee

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold