Scha dan Awal Ashaari Umum Tarikh Perkahwinan Pada 27 Mac Ni

Pelakon dan pengacara Scha Al Yahya dan Awal Ashaari bakal mengumumkan tarikh istimewa pada sidang media khas pada Selasa 27 Mac ini. Semuanya akan terjawab mengenai desas desus tarikh perkahwinan mereka yang sebenar apabila pasangan itu mengumumkan kepada wartawan dan media.

Majlis sidang media khas berkenaan akan diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang ,  bermula pukul 3 petang yang akan dihadiri oleh kedua-dua pasangan tersebut. Pihak media boleh bertanya apa juga soalan kepada kedua-dua pasangan berkenaan berhubung teka-teki mengenai hubungan mereka selama ini.

 

Sebelum itu Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari,31, sebelum ini menjelaskan terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir,29, kerana tempahan dewan yang dikatakan telah penuh.

Gosip mengenai tarikh kahwin Scha dan Awal dikatakan akan berlangsung pada pertengahan tahun ini :)

 

Kemaskini

Hari ini Awal ashaari dan Scha Al Yahya mengumumkan tarikh perkahwinan mereka akan diadakan pada 4 Mei 2012. Perkahwinan mereka akan diadakan di Pullman Putrajaya, Majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa  Putrajaya (PICC) pada 6 Mei, jam 8.00 malam.

 

majlis merisik telah diadakan pada 30 Mei 2011 lalu iaitu pada harijadi Scha yang ke 28. Pada majlis itu Scha menerima sebentuk cincin tanda yang disarungkan oleh kakak Awal.

Pada sidang media tadi, Awal dan Scha tampil ringkas. Tiada pakaian sedondon sebaliknya Awal mengenakan sepasang Kurta putih, manakala Scha memakai kurung moden berona coklat.

Pasangan ini mula berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam program Sehati Berdansa dan kini usia perkenalan mereka telah mencecah dua tahun enam bulan.

Astro RIA bakal bertindak selaku penyiar rasmi untuk majlis tersebut.

sumber : gua.com.my

Video Live Scha dilamar Awal..

Cincin dari Awal untuk Scha- cincin yang dilamar ke berapa kali ini?

 

Bear hadiah dari Awal untuk Scha

biarpun sudah merisik dan dapat cincin pada tahun lepas tetapi demi propa proganza hehe..Awal buat lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Scha dan Awal Ashaari Umum Tarikh Perkahwinan Pada 27 Mac Ni”

  1. titan says:

    haha..untung la ko awal..
    titan recently posted..Lelaki kacak berkaca mata

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold