SBPA Dimansuhkan dan SSM Diberi Penambahbaikan

Perdana Menteri mengumumkan hari ini bahawa Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan. SSM atau Skim Saraan Malaysia akan digunapakai semula dan diberi penambahbaikan. Itu lah pengumuman khas dan berita baik yang disampaikan pada semua penjawat awam setelah SBPA mendapat kritikan ramai penjawat awam yang tidak berpuas hati.

Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut:

  • Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
  •  Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
  •  Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
  • Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.
Dalam tempoh tiga bulan SBPA diperkenalkan, kerajaan menerima hampir 1,000 aduan dan memorandum, termasuk cadangan daripada 23 persatuan berkaitan.

Kerajaan juga bersetuju elaun bantuan sara hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan daripada RM150 kepada RM250 sebulan.

Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100.

Najib juga mengumumkan pembentukan suruhanjaya yang dianggotai pihak berkepentingan, seperti kementerian kewangan dan Cuepacs bagi mengkaji tuntutan-tuntutan lain penjawat awam.

Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, beliau akan membangkitkan  beberapa perkara yang belum diputuskan dalam suruhanjaya yang dibentuk itu.

“Kita rasa lega sikitlah dengan adanya suruhanjaya. Kalau tak, kita kena buat jawatankuasa itu, jawatankuasa ini,” katanya.

Omar juga berharap kenaikan gaji yang diberikan tidak diikuti dengan kenaikan harga barangan yang boleh membebankan pengguna.

sumber : Malaysiakini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “SBPA Dimansuhkan dan SSM Diberi Penambahbaikan”

  1. Wan says:

    naik 13%..byk gak tu..

    harap harga barang x naik n dpt dikawal sebaiknya kan.
    Wan recently posted..Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Pernikahan Adiknya

  2. akubiomed says:

    Tidak sangka SBPA dibatalkan tetapi penjawat awam dapat kenaikan yang tidak mungkin dapat pada pekerja swasta. Apa pun tanniah kepada penjawat awam.

  3. titan says:

    mesti ramai orang suka.
    titan recently posted..KLserver.net – Hosting kacak idaman semua

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold