Rumah Mawi Dimasuki Perompak, Mawi Dipercayai Diikat

Rumah Penyanyi Mawi dan Ekin dipercayai dimasuki perompak dan mereka kerugian hampir RM10,000. Kira-kira jam 4 pagi perompak berjaya memasuki banglo milik Mawi dan melarikan barang-barang berharga termasuk telefon bimbit. Penyanyi Mawi dan penghuni lain seperti ibu , nenek dan isterinya serta bayi mereka yang baru lahir tidak diapa-apakan oleh perompak. Menurut Buletin 1.30 tadi, Mawi dan penghuni rumah telah diikat oleh perompak.

 

 

Kejadian itu berlaku ketika Mawi yang baru tiba di rumahnya kira-kira pukul 2 pagi selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Johor Baru.

“Saya difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi selepas dua jam Mawi tiba di rumahnya dari Johor kerana menyertai siri jelajah ABPBH.

“Semasa kejadian terdapat ibu Mawi, nenek serta isteri dan anaknya. Kesemua mereka selamat dan tidak diapa-apakan,” jelas Nasir.

Bagaimanapun dia tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kerana masih dalam perjalanan pulang dari Johor ke Kuala Lumpur.

Sementara itu Mawi dan isterinya, Nora’Asikin Rahmat (Ekin) tidak dapat dihubungi kerana dipercayai telefon bimbit mereka dilarikan perompak.

Bagaimanapun mStar Online difahamkan, dalam kejadian itu Mawi turut diikat sementara perompak telah melarikan barang berharga dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM10,000.

Pada 28 Februari lalu pasangan artis tersebut menerima cahaya mata pertama mereka iaitu Cahaya Malaika.

petikan dari mstar online

 

Mawi trauma

Lagi cerita bagaimana detik detik cemas Mawi dirompak

“Jangan bising.. duit, emas”. Hanya itu yang diungkapkan empat perompak yang memecah masuk kediaman penyanyi terkenal negara Asmawi Ani, 30, atau lebih dikenali Mawi, di Bangi Golf Resort dekat sini kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Mawi ketika kejadian baru sahaja menghabiskan lawatan kerja bersama media di Johor Bahru kira-kira jam 2 pagi sebelum menghabiskan masa melayan anaknya, Cahaya Malaika sebelum masing-masing tidur sekitar jam 3 pagi.

Menurutnya, tiba-tiba pintu biliknya diketuk kuat dan isterinya, Nora’Asikin Rahmat membuka pintu kerana menyangkakan ada kecemasan ekoran neneknya Salmah Sahan, 77, tidur di bilik sebelah.

“Ekin buka pintu dan tidak menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku sebelum terkejut diacukan parang ke leher oleh salah seorang daripada tiga penjenayah yang berdiri di pintu bilik utama.

“Seorang daripada mereka sedang menggeledah bilik sebelah sementara tiga lagi membawa nenek ke bilik kami dan mengikat kaki dan tangan saya, isteri, nenek mertua dan ibu mertua, Fatimah Saad, 55 yang berada di dalam bilik utama ketika itu,” katanya.

Mawi berkata, perompak tersebut merampas rantai emas yang dipakai neneknya dan juga wang tunai serta empat telefon bimbit dianggarkan kerugian yang dialami sekitar RM10,000.

Beliau berkata perompak kemudian melarikan diri menerusi tingkap di bahagian dapur.

Mawi, yang masih trauma dengan kejadian itu, berkata beliau dapat menyelamatkan dirinya dan anggota keluarganya dengan membuka ikatan menggunakan giginya.

“Selepas itu saya terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk membuat laporan,” katanya.

Mawi berkata beliau beliau tidur lewat selepas pulang daripada promosi Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian di Johor Baharu kira-kira 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab ketika berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan bagi rompakan berkumpulan dan rompakan bersenjata.

sumber: media hiburan.

Syukur semua mereka selamat, wang ringgit dan barang berharga boleh dicari ganti tetapi nyawa tidak.

 

 

 

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Rumah Mawi Dimasuki Perompak, Mawi Dipercayai Diikat”

  1. akubiomed says:

    Saya simpati yang berlaku kepada Mawi dan Ekin. Mereka baru sahaja menyambut anak dan harap tidak diapa-apakan. :-(
    akubiomed recently posted..Bantu saya cadang untuk masakan ikan Salmon

  2. yas says:

    Keselamatan ahli keluarga lebih penting dr segala2nya…alhamdulillah semuanya selamat.
    yas recently posted..KES RUMAH MAWI DIROMPAK – RUGI RM10,000

  3. suri says:

    syukur selamat moga kluga ini akan di selubingi kesabaran ..

  4. suri says:

    biar hilang duit asal jgn hilang nywa

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold