Remaja Siti Nur Fatiha Mahadi Diculik

Kita semua masih lagi tidak dapat melupakan kes kanak-kanak hilang, Dirang dan juga Nurin Jazlin yang berlaku, kini ada lagi berita penculikan remaja atau gadis pula. Siti Nur Fatiha Mahadi berusia 15 tahun dilihat ditarik masuk oleh 2 lelaki dan seorang wanita (memandu) yang tidak dikenali ke dalam sebuah kereta Honda. Ketika itu Fatiha  pergi ke kedai telefon untuk membeli top up RM5 pada pukul 12 tengahari kelmarin. Kejadian itu disaksikan oleh dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman. Dua beradik itu berusia 11 tahun. Kedai itu terletak hanya 100 meter dari

Gambar Siti Nur Fatiha

rumahnya di Taman Tas 6, Kuantan, Pahang.

 

“Pada hari kejadian, saya terkejut apabila mendapati dua anak saya pulang dalam keadaan tergesa-gesa sambil menangis.

“Saya tanya kenapa dan mereka memberitahu yang Fatihah (nama panggilan Siti Nur Fatihah) telah diculik dua lelaki dan seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta bercermin gelap,” ceritanya ketika ditemui semalam.

Mengikut cerita dua anaknya, ketika sedang berjalan ke kedai itu, kereta penculik yang dipandu wanita tersebut telah berhenti berhampiran mereka sebelum seorang lelaki menarik Fatihah.

Menurut Nor Mala, kedua-dua anaknya cuba menyelamatkan kakaknya tetapi lelaki tersebut merentap Fatihah dengan kuat menyebabkan pegangan tangan mereka terlepas mengakibatkan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini itu dibawa lari.

sumber : Kosmo

Adiknya, Siti memberitahu, dia dan Syahmi tersentak apabila melihat kakaknya ditarik masuk oleh seorang lelaki yang keluar dari sebuah kenderaan dipercayai jenis Honda warna ungu pekat ketika dalam perjalanan menuju ke kedai terbabit.

Menurutnya, dua lelaki berada di tempat duduk belakang yang dipandu oleh seorang wanita dan salah seorang lelaki terbabit membuka pintu belakang sebelum menarik Fatiha serta sempat mengantuk kepala kakaknya sebanyak dua kali.

Saya dan Syahmi cuba membantu menarik kakak, tapi tak terdaya dan nyaris tersepit di pintu kereta, sebelum mendengar jeritan meminta tolong daripada kakak sebelum kereta itu terus memecut laju meninggalkan kami.

“Kami berdua terus pulang ke rumah dan memberitahu kejadian yang menimpa kakak terhadap ibu,” katanya.

Nurul Aishah ditemui ketika menceritakan semula kejadian terbabit ketika keluarga itu kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Chang Hong Seong di rumahnya, di sini, semalam.

Fatiha tiada musuh

Sementara itu, Nor Mala Mohd Lazin, dia terkejut apabila mendapati kedua-dua anaknya itu pulang tergesa-gesa ke rumah sambil menangis.

“Saya yang tidak sedap hari terus bertanya kenapa mereka menangis sebelum terperanjat sekali lagi apabila diberitahu kakak mereka Fatihah dilarikan orang.

“Menurut Nurul Aishah, ketika mereka dalam perjalanan ke kedai itu, tiba-tiba kereta tersebut yang dipandu seorang wanita telah berhenti berhampiran mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang membuka pintu dan menarik Fatihah.

“Saya turut diberitahu kedua-dua adiknya itu sempat menarik kakak mereka namun gagal berbuat demikian,” katanya.

sumber : Sinar Harian

Kes kes penculikan remaja dan kanak-kanak semakin membimbangkan, saya pasti semua turut bersedih dan simpati dengan kes kematian Dirang. Apa salah kanak-kanak yang tidak berdosa tu diperlakukan sedemikian rupa. Sedih mendengar mengenai kes penculikan dan jenayah yang memilukan apa yg berlaku pada kanak kanak Nuriz Jazlin dulu. Apa yg berlaku pada adik Sharlene yang sampai sekarang kita tak tahu.

Sekali lagi kita digemparkan dengan berita penculikan adik Siti Nur Fatiha ni. Pada orang ramai yang mengenali dan menjumpai Siti Nur Fatiha boleh  berhubung dengannya di talian 019-9897807/019-9813361 ataupun menghubungi balai polis berhampiran.

Diharapkan adik Nur Fatiha selamat.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold