Protege Ella Puteri Caroline.. ada sesuatu..

Puteri Caroline protege Ella dalam Mentor 6 ni namanya sudah agak unik, Ella pilih Caroline Mohd Kamel sebab dia kata nampak Caroline ni unik dan ada sesuatu..apakah itu sesuatu..masa pengenalan tadi, Caroline ni berasal  Tanah Merah, Kelantan, umur dia baru 20 tahun , hobi bermain gitar, adik beradiknya ramai. Kampungnya nama  Kg Jelakong Batang Merbau.Caroline kata dia seorang yang pemalu dan pendiam, suka menyendiri, tetapi ada semangat nak mengubah nasib keluarganya yang agak daif.

Keluarganya susah, bapa dia buruh kasar dan ibu dia surirumah je. Setiap kali balik sekolah Caroline tak suka bercampur dengan kawan kawan dia sebab dia berasa rendah diri, dia habiskan masa membaca buku dan bermain gitar.

Bapanya memberi nama Caroline diambil sempena nama seorang puteri(tak jelas tadi dari kisah apa, mungkin cerita dalam buku kot) puteri tu dikasihi oleh rakyatnya , sebab tu bapa dia letak nama dia Puteri Caroline..hehe!! tak sangka orang kampung je pun..nama cam omputih..unik2..

Memang tengok Caroline ni nampak macam pemalu dan pendiam, tapi bila dia buat persembahan tadi, wow! malu dia sudah hilang, nampak macam artis yang sudah ada pengalaman membuat persembahan, bukan mcm pertama kali…mcm dia disarungkan dengan imej dan identiti orang lain.  Memang betul la bak kata Mentor Caroline ni..ada sesuatuuu.. hehehe!!

Suara Caroline pun boleh tahan power jugak ye. Gaya dia pun dah nak sama dengan mentor dia..nak tengok lah lagi nanti persembahan dari Caroline pada minggu depan.. :)

Caroline membuat persembahan pertama dengan membawakan lagu inggeris Price Tag dari Jessie J..satu percubaan yang berani ye.

Biodata Puteri Caroline dan protege lain (sini)

 

Keunikan protege Caroline memikat hati Ella

Ella mengumpulkan tenaga pengajar dan guru vokal untuk melatih Caroline..bak kata orang menggilap bakatnya yang ada supaya semakin menyerlah
Ella juga telah giat mengumpul tenaga penasihat untuk Caroline. Badrul Hashim akan bertindak sebagai PR-guru, Cikgu Shafi akan memberi latihan vokal, Edrie Hashimakan menyokong untuk susunan muzik dan Pat Ibrahim akan melatih Caroline untuk aspek persembahan. Line-up yang hebat dari Ella!Pemilihan lagu juga telah dibuat. Menurut Ella, mereka akan membuat senarai pendek sebanyak 8 buah lagu hasil dari perbincangan semua pihak, termasuk Caroline. Cikgu Shafi akan memberikan ujian pada Caroline untuk kesemua 8 lagu sebelum lagu yang sesuai dipilih. Edrie Hashim dan Pat Ibrahim akan memberi cetusan idea mereka dari lagu yang dipilih.
We will take her out from her comfort zone. And also, she will be wearing Ella brand of shoes in her performances”, terang Ella bersemangat.Satu kelemahan yang dikenalpasti pada Caroline ialah sikap pemalu beliau. Ella memahami keadaan ini berdasarkan latar belakang Caroline dan juga persekitaran Caroline ketika membesar. Pada Ella, dia memang terpaut dengan kemampuan vokal Caroline dan juga personalitinya. Ella akan terus membimbing Caroline supaya dapat mengikis sifat malu beliau terutamanya di atas pentas.
sumber : gua.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Protege Ella Puteri Caroline.. ada sesuatu..”

  1. kopipanas says:

    betul memang sedap suara dia
    kopipanas recently posted..Gambar Penyanyi Black Suka Tayang Badan Yang Sasa

  2. Norizwan says:

    memang merdu sore dia…tapi masih ada saingan nya lagi…Caroline ni nampak memang bersungguh2…
    Norizwan recently posted..(video) Lebuh raya elektrik beroperasi di AS

  3. akubiomed says:

    Ada peluang dilahirkan sebagai bintang.
    akubiomed recently posted..Proton Power of 1 di Stadium Bukit Jalil

  4. suri says:

    tak dtd degar heee sb leka layan anak.buka tv mmg buka tpi mata tagok lai huaaaa

  5. suri says:

    dia ini nampak cam cina sikit heee

  6. rianne says:

    org kelantan rupanya.mati2 ingatkan iban dari sarawak ke…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold