Perkahwinan Malek Noor dan Wan Asma

Jaguh bina badan Asia Datuk Malek Noor kini selamat menlangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya. Malek Noor 56 bertemu jodoh dengan Pakar Pediatrik Wan Asma 52 Wan Ismail. Cerita Malek Noor, beliau telah memohon di hadapan Kaabah pada tanggal 12 Mac tahun lepas, supaya dipertemukan jodoh. Akhirnya doa beliau dimakbulkan Allah, pada tarikh yang sama dia diijabkabulkan dengan Wan Asma. Tahniah kepada mereka berdua.

 

“Hari ini dipilih bersempena dengan tarikh tersebut,” katanya selepas majlis akad nikah berkenaan yang diadakan kira-kira jam 11 pagi.

“Alhamdulillah, pada tahun ini, pada tarikh yang sama, saya dikurniakan seorang isteri. Ini adalah isteri pertama saya dan yang terakhi, kata Malek Noor lagi.

Menurut Dr Wan Asma yang juga ibu kepada tujuh anak berusia antara 11 hingga 30 tahun, dia tidak menyangka perkenalan selama tiga bulan akhirnya menyatukan mereka.

Mengimbau kembali detik pertemuannya, Dr Wan Asma berkata dia mula berhubung dengan Malek selepas tidak dapat menghadiri majlis penerangan produk kesihatan di Kota Bharu pada November lalu.

“Saya kemudian menghubunginya untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk tersebut kerana Abang (panggilan mesra untuk Malek) bertindak sebagai duta produk berkenaan,” katanya.

Dr Wan Asma berkata, walaupun jarang berjumpa, telefon menjadi penghubung utama sehingga Malek datang berjumpa ayahnya untuk merisik pada Februari lalu.

Menurut Wan Asma, dia dan Malek masing-masing mempunyai komitmen di Kota Bharu dan Kuala Lumpur.

“Abang akan meneruskan perniagaannya di Kuala Lumpur dan saya akan terus dengan kerjaya di Hospital Pakar Perdana di sini,” katanya.

Dr Wan Asma yang kini mempunyai empat cucu bercerai pada Jun 2009 berharap perkahwinan kali ini kekal dan gembira kerana mendapat restu semua anaknya.

sumber: sinar harian

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Perkahwinan Malek Noor dan Wan Asma”

  1. akubiomed says:

    Tanniah kepada Datuk Malek Noor dan isterinya. :-)
    akubiomed recently posted..5 Dalil kenapa AkuBiomed perlukan Ultrabook Toshiba Portege Z830

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold