Penyanyi Farah Asyikin Kini Mengajar Di Sekolah

Selepas berhijrah dengan imej bertudung, Farah Asyikin 33, kini ada kerjaya baru iaitu mengajar di sebuah sekolah di samping masih lagi menyanyi. Farah menerima undangan nyanyian tetapi memberi syarat, iaitu hanya boleh membuat persembahan setelah selesai menunaikan solat. Farah cuba mendisiplinkan diri supaya tidak terlepas waktu solat dan menerima apa saja pandangan orang terhadapnya.

Farah mengajar kanak-kanak darjah  1 hingga 6

Farah Asyikin mempunyai kelulusan dalam bidang pengiklanan dan penyiaran dari Universiti Limkokwing, kemudian menjadi tutor sambilan kerana minat mengajar.

Dia kemudian mendapat tawaran mengajar di Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka di Bukit Damansara, jurusan Pengucapan dan Drama.

Farah ternyata terkejut apabila Pengetua sekolah berkenaan tidak kisah dengan imej barunya yang bertudung. Farah kini memulakan tugas mengajar sepenuh masa selepas tamat cuti sekolah dan sesi pengajaran bermula dari 8.00 pagi hingga 3.30 petang.

“Alhamdulillah, Allah mempermudahkan penghijrahan saya ini. Pengetua memberi saya kebebasan mencorakkan silibus saya sendiri dan saya diberi tanggungjawab mengajar pelajar tahun satu hingga enam. Saya memang suka jadi pendidik kerana ia adalah kerja yang mulia.

“Sebagai manusia kita tidak boleh terlampau menentang arus dan apabila kita kembali ke jalan Allah, jalan yang berliku akan jadi lurus dengan sendirinya,”

Farah Asyikin kini sedang menegenali seseorang

Farah Asyikin pernah putus tunang dan kini mengenali seseorang, dia berasa gembira kerana lelaki tersebut menerima perubahan dirinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Penyanyi Farah Asyikin Kini Mengajar Di Sekolah”

  1. Juan says:

    alhamdulillah, aku suka dengan cerita yang sebegini
    Juan recently posted..SAPS – Semak Slip Peperiksaan Pelajar dan Takwim Peperiksaan 2012

  2. akubiomed says:

    Mudah-mudahan penghijrahan beliau diberkati oleh Allah SWT.
    akubiomed recently posted..Filem Korea My Way mesti tonton

  3. nurmisnan says:

    Alhamdulillah.. cantik syikin bertudung..
    nurmisnan recently posted..10 kebaikan minum susu

  4. titan says:

    elok sangatlah tu..
    titan recently posted..Cek ke 14 dari Nuffnang

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold