Ogy Batalkan Hasrat Nak Saman Johan Raja Lawak

Ogy atau Fauziah Ahmad Daud, pelakon dan pengacara telah reda kemarahan dan sejuk hati bak kata orang, dengan itu Ogy telah membatalkan hasrat untuk saman Johan Raja Lawak. Ogy telah berkecik hati dengan insiden yang berlaku semasa dia dan Johan Raja Lawak mengacara Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24).

Johan pun sekarang sudah mulai berhati-hati apabila buat lawak, berusaha untuk menjaga tutur katanya, selepas insiden ini ada baiknya juga dia cepat sedar, ye lah..bak kata orang kerana mulut..badan binasa..

Tabik lah pada kak Ogy kita sebab memaafkan Johan Raja Lawak, buang yang keruh ambil yang jernih, dunia hiburan di Malaysia ni tak besar mana, pi mai..pi mai jumpa lagi..heheh!! memang betul la mcm Ogy kata tu ye…

 

“Industri kita bukan besar mana pun. Mungkin pada masa akan datang kami akan bekerjasama. Jadi buat apa panjang-panjangkan hal macam ini.

“Memang betul saya marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia,”

“Sebelum ini, saya terasa hati dengannya apabila dia ketawa dengan teguran saya mengenai gurauannya itu selepas acara tersebut.

“Alhamdulillah, kini saya berasa lebih tenang selepas memaafkan Johan dan kemarahan itu sudah reda,

“Saya mengambil keputusan tersebut setelah bersolat dan memikirkan secara mendalam mengenai perkara itu. Adalah wajar untuk saya menarik semula tindakan tersebut. Saya sudah maafkan dia dan sebagai seorang Islam, tidak wajarlah untuk saya buat begitu.

“Saya ralat kerana ketika itu saya sedang marah dan tidak berfikir secara rasiona dan mahu menyamannya. Namun, kini setelah kemarahan itu reda, kita boleh membuat satu keputusan yang lebih baik,”

“Dia seorang yang berbakat dan saya juga menyukai lawaknya. Jadi saya tidak mahu tindakan saman saya itu nanti menjejaskan kerjaya dan masa depannya. Biarlah perkara yang sudah berlaku dilupakan sahaja.

sumber : murai.com.my

Ogy sekarang pun sibuk dengan Mentor, nanati kalau duk naik turun mahkamah, tak jadi kerja pulak.

Insiden memberi pengajaran kepada Johan

Insiden itu mempunyai hikmah dan memberikan pengajaran kepada Johan agar lebih peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling khususnya ketika mengacara atau berlawak di depan khalayak

 

Budi bahasa budaya kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Ogy Batalkan Hasrat Nak Saman Johan Raja Lawak”

  1. akubiomed says:

    Tanniah Akak kepada Ogy kerana menarik balik samannya kerana sebagai manusia tidak lari daripada membuat kesilapan. Dunia artis Malaysia ini kecil.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Aksi panas dedah tubuh

  2. Norizwan says:

    alhamdulillah kak ogy tarik balik saman…tindakan yg wajar kak ogy buat begitu….lupakanlah yang lalu…
    Norizwan recently posted..Doktor pandu Ferrari 458 Italia di You Tube membawa padah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold