Nur Fathia Lewat Bukan Sakit Perut Tapi Terlewat Bangun

Pelakon Nur Fathia sering dikaitkan dengan masalah disiplin, dan beberapa pelakon lain yang pernah bekerjasama dengan Nur Fathia pernah meluahkan perasaan kurang berpuas hati dengan disiplin pelakon Nur Fathia. Sering kali dia terlewat ke lokasi dan memberikan alasan alasan yang tidak boleh diterima.

Sekali lagi reputasi Nur Fathia tercalar apabila dia terlewat menghadiri sesi jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Kuching, Sarawak dua minggu lalu sesi jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Kuching, Sarawak dua minggu lalu.

 

Fathia mendapat tumpuan para wartawan apabila lewat hadir, dan dalam rancangan Melodi, Fathia memberikan alasan dia sakit perut dan tak sihat, disebabkan itu dia lewat hadir.

Namun Nur Fathia telah memohon maaf secara terbuka kepada penganjur atas kesilapannya itu.

Pengakuan Nur Fathia kenapa dia lewat hadir

“Saya akui perkara ini memang silap saya. Saya yang terlewat bangun. Tapi itu bukan disengajakan kerana malam sebelumnya saya terbabit dengan penggambaran drama Mahabbah. Habis penggambaran kira-kira pukul 2 pagi dan hanya selepas jam 4 pagi baru saya terlelap.
“Terus terang, saya memang rasa bimbang yang teramat apabila mendapat tahu saya terlepas kapal terbang. Tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan penganjur dan juga rakan lain yang turut serta dalam rombongan itu.

“Namun saya usahakan juga untuk mendapatkan penerbangan berikutnya ke Kuching. Apa yang penting, saya dapat hadir dalam siri promosi itu dan juga bertemu dengan peminat yang menantikan kehadiran saya,”

Memang disiplin itu cukup penting, dalam kerja dan kehidupan, menepati janji itu juga penting, kalau sekali mungkin boleh dimaafkan lagi, tapi jika berkali-kali mungkin orang akan tak percaya lagi.

Artis yang paling saya rasa berdisiplin dan selalu dipuji mengenai komitmen kepada kerja ialah Fasha Sandha, walaupun umum sudah tau Fasha artis yang banyak kontroversi tetapi dalam bab kerja dan disiplin dia memang boleh dipuji dan dijadikan contoh :)

Tidak mengapa rasanya jika berterus terang apa sebenarnya berlaku dari pada memberitahu yang tidak benar.

Drama terbaru Nur Fathia – Mahabbah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Nur Fathia Lewat Bukan Sakit Perut Tapi Terlewat Bangun”

  1. nurmisnan says:

    Tdo lewat + sakit = biasalah.. sesekali takper.. lagi pun dia pegi juga menyusul..
    nurmisnan recently posted..Match band + footbal

  2. min says:

    minah ni menipu dalam melodi..
    ye ye cakap sakit perut
    tak malu ke menipu

  3. suri says:

    sedap nama dia..tpi kalua perangai bgtu lama 2buat org jemu pula hurm….

  4. suri says:

    kalau blh artis baru jgn bt bgni..rosak nama dna blh hilang kepercayaan org lain.drp artis ni akan jaga sebaiknya disiplin dia klu nak kekal lama dlm industri filem

  5. faizfakhirin says:

    biasa la tu….xpayah kecoh2 nk perbesar isu nih…dh dia penat…reporter yg buat nih msti nk cri publisiti murahan.
    faizfakhirin recently posted..#Breakfast Pemakan yang anda Mesti Pilih

  6. biasa la reporter melodi tu memamng keja dia duk mengasak asak soalan supaya lagi sensasi hehe

  7. Juan says:

    nmpknya kalau mengikut apa yg dikata, saya lebih menyokong fathia akan hal terlewat bangun, ini kerana beliau baru terlelap pon pukul 4 pagi, kalau boleh segala aktiviti tu biarlah habis sblm pukul 12 malam
    Juan recently posted..Lelaki Kacak Dengan Buah Tembikainya

  8. akubiomed says:

    Parah jadual yang sibuk kerana penggambaran hingga lewat pagi. Kalau tidak cukup boleh pening kepala bangun daripada tidur.
    akubiomed recently posted..Sambutan Earth Hour 2012 apa yang AkuBiomed bakal lakukan?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold