Mikha Tembayong dan Kamal Adli dalam Teater Muzikal Gerimis Mengundang

Mikha Tembayong yang popular dalam sinetron Nada Cinta akan bergandingan dengan Kamal Adli di pentas teater muzikal Gerimis Mengundang. Teater muzikal romantik itu akan dipentaskan di Istana Budaya pada 27 Mac hingga 8 April 2012.

Teater itu sebenarnya dinspirasikan dari filem Gerimis Mengundang lakonan Kamal Adli dan Olivia Jensen yang bakal ditayangkan pada tahun ini juga.

Mikha 18, kabarnya akan dijadualkan datang ke Malaysia dalam bulan Mac untuk sesi latihan. Pengarah teater muzikal ni tak lain tak bukan Ahmad Idham.

Penghasilan filem dan Gerimis Mengundang ini adalah bertujuan dalam mengeratkan lagi hubungan serumpun di antara dua negara tetangga, Malaysia dan Indonesia, melalui karya seni.

Gambar Mikha Tembayong dan Kamal Adli

 

sumber gambar: mstar online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Mikha Tembayong dan Kamal Adli dalam Teater Muzikal Gerimis Mengundang”

  1. akubiomed says:

    Muda lagi pelakon sinetron dari Indonesia dengan wajah keanakkan.
    akubiomed recently posted..Perasaan pertama kali menjadi Babah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold