Masterchef Selebriti Malaysia Akan Datang Mei Ini

Rancangan Masterchef Malaysia yang mencipta fenomena dan mendapat sambutan hangat, kini tiba pula Masterchef Selebriti Malaysia bagi memeriahkan hiburan. Bukan sekadar hiburan saja tetapi rancangan yang melibatkan selebriti terkenal di Malaysia ini memberi peluang kepada artis untuk beramal, wang yang mereka perolehi dari kemenangan cabaran di dapur, akan disalurkan kepada badan kebajikan yang diwakili mereka.

Tentu rancangan ini juga akan mendapat sambutan, tak sabar rasanya nak lihat kepakaran selebriti memasak di dapur, ada anak Chef Wan pulak tu, boleh ke Tomok memasak? pernah juga tengok Fazley memasak dalam rancangan kat tv suatu masa dulu..boleh tahan. :) rancangan apa.. lupa pulak, kalau tak salah ketuk ketuk Ramadhan kot.

Masterchef Selebriti akan disertai oleh selebriti seperti Raja Azmi, Dato’ Fazley Yaacob, Tomok, Azwan Ali, Jehan Miskin, Mejar Dr. Faiz, Juliza Adlizan, Louisa Chong, Farouk Hussin, Siti Sarah Raisuddin, Angah Raja Lawak, Serina Redzuan  dan ramai lagi.

 

Juri yang mengadili Masterchef selebriti Malaysia: terdiri daripada Chef Papa Joe, Chef Zubir dan Chef Adu Amran. Chef Ridz tidak dilantik menjadi juri kerana ada kakaknya, Serina Redzuan, bagi mengelakkan ketidakadilan dalam rancangan tu nanti.

Rancangan ini bersiaran selama 4 minggu dengan 28 episod. Konsep tetap sama macam Materchef Malaysia dulu,  barisan selebriti yang terlibat akan mengharungi pelbagai ujian masakan dan kritikan daripada juri pastinya memberi cabaran.

MasterChef Selebriti Malaysia akan disiarkan pada setiap Sabtu hingga Selasa, jam 9.00 malam bermula 26 Mei 2012 secara eksklusif di Astro Ria menerusi saluran 104.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Masterchef Selebriti Malaysia Akan Datang Mei Ini”

  1. akubiomed says:

    Ada Master Chef versi selebriti. Sudah tentu Serina Redzuan akan jadi contender untuk rancangan realiti ini.
    akubiomed recently posted..Sambutan Earth Hour 2012 apa yang AkuBiomed bakal lakukan?

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold