Kucing Masih Selamat Terjatuh Dari Bangunan 19 Tingkat

Kisah ajaib dan pelik ini berlaku di Boston apabila seekor kucing secara tak sengaja terjatuh dari tingkat 19 sebuah bangunan. Kucing putih yang mengalami masalah pendengaran itu diberi nama Sugar, berusia 4 tahun, hanya mengalami lebam di paru paru, tidak mengalami patah tulang, hanya ada kecederaan kecil dan masih lagi boleh berjalan. Salah seorang pemilik yang tinggal di bangunan itu menjadi saksi, berkata dia melihat satu benda putih melayang di luar tingkapnya.

Pemilik Sugar, Brittany Kirk percaya kucingnya mungkin menggunakan dari satu, dua  atau 8  dari 9 nyawa untuk terus hidup. Penyelamat kucing pula mengandaikan Sugar jatuh dari ketinggian 100 atau 200 kaki. Pakar veterinar berpendapat mungkin kucing itu mampu untuk menenangkan diri dan menyesuaikan diri bertukar kedudukan seperti tupai terbang untuk memperlahankan kelajuan semasa jatuh.

Sugar  didapati terjatuh atas tanah dan rumput yang agak lembut.

Kucing bernama Sugar

 

 

Kajian oleh Persatuan Perubatan Veterinar sebanyak 132 kucing yang telah jatuh dari bangunan di New York City dalam tempoh lima bulan dalam tahun 1980-an mendapati bahawa 90 peratus terselamat. Satu kajian susulan oleh penyelidik di University of Zagreb di Croatia mendapati 96 peratus daripada 119 kucing yang mengalami kejatuhan yang sama juga masih terselamat.

video

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Kucing Masih Selamat Terjatuh Dari Bangunan 19 Tingkat”

  1. akubiomed says:

    Ada orang kata kucing ada 9 nyawa.
    akubiomed recently posted..Filem Korea My Way mesti tonton

  2. faizfakhirin says:

    kuceng mmg pandai landing kalo jatuh dari tmpt tinggi…serius..tapi kalo smpai setinggi ni…mmg fantastik..
    faizfakhirin recently posted..Cincin Kahwin Versi 2012

  3. klANA says:

    subhanallah.. mcm xpercaya.. 19 tingkat.. whew.. kalau manusia dah abis patah2 tlg dah..huhu
    klANA recently posted..Kucing Comel – Eh Aku Punya xLah Comel Sangat

  4. APAN says:

    kucing boleh lagi, manusia je nak jugak terjun.ingat boleh idop lagi la tuh…
    APAN recently posted..Aksi Terlampau Si Tembam Lu Hao

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold