Kematian Whitney Houston Kerana Lemas dan Dadah

Penyanyi Whitney Houston 48, yang ditemui meninggal di dalam bilik hotel pada 12 Februari lalu, didapati berpunca dari lemas di tab mandi, serangan jantung dan pengambilan dadah jenis kokain. Punca kematian beliau diumumkan dalam laporan bedah siasat oleh pakar forensik.

Sebelum ini memang ada pelbagai spekulasi mengenai kematian Whitney Houston dan salah satunya ialah pengambilan dadah.

Mengikut laporan bedah siasat itu, terdapat banyak kandungan dadah dalam badan penyanyi itu, namun, pakar foresik membuat kesimpulan keputusan akhir punca kematiannya bukan disebabkan dadah tetapi kerana lemas.

Whitney Houston memang mempunyai sejarah pengambilan dadah

Sebelum penyanyi terkenal itu meninggal dunia, para wartawan dan pihak sekuriti memang perasan penyanyi itu berkelakuan agak pelik, berpeluh dan mengalami gangguan ketika membuat latihan.

Mayat Houston, dikebumikan di tanah perkuburan New Jersey, bersebelahan dengan kubur bapanya pada satu majlis pengkebumian yang turut dihadiri oleh keluarga, rakan dan selebriti termasuk Oprah Winfrey, Tyler Perry, Alicia Keys, Mariah Carey, Mary J. Blige, Jennifer Hudson dan Roberta Flack.

Sebelum menemui ajal, Houston cuba kembali semula ke pentas hiburan malah dia sempat menyiapkan lakonannya dalam filem `sparkle’ di mana dalam filem itu dia menyanyikan lagu “His Eye is on the Sparrow.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kematian Whitney Houston Kerana Lemas dan Dadah”

  1. akubiomed says:

    Akhirnya sudah ketahui punca kematian beliau.
    akubiomed recently posted..Filem Korea My Way mesti tonton

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold