Jimmy Shanley Mengaku Tampar Isteri Waktu Bulan Madu

Jimmy Shanley hadir ke mahkamah rendah Syariah  Shah Alam untuk prosiding tuntutan nusyuz dan kembali taat kepada isterinya Nursuhaila Eliani Dato Suhaimy hari ini. Dalam prosiding itu, Jimmy mengaku telah menampar isterinya ketika mereka berbulan madu di Koh Samui, Thailand, ini kerana keengganan isterinya tidur bersama.

Pada 18 Oktober 2010, Jimmy tiba dengan isterinya di Koh Samui untuk berbulan madu, tetapi isterinya bersikap dingin dan membuatkan Jimmy menampar isterinya.

Sebelum itu Jimmy juga mengaku telah menampar muka isterinya selepas 3 hari berkahwin kerana salah faham.

Pengakuan Jimmy

“Saya mengaku telah menamparnya (sehari selepas tiba di Koh Samui) kerana ingin mengingatkan dia tentang tanggungjawabnya terhadap suami. Dia tidak cedera cuma terganggu emosi akibat pergaduhan itu.

“Sebelum ini saya pernah menamparnya juga iaitu selepas tiga hari perkahwinan kami kerana berlaku salah faham,”

berita selanjutnya:

akibat perselisihan faham semasa percutian berbulan madu tersebut, Nursuhaila telah bertindak keluar dari hotel penginapan mereka tanpa keizinannya dua hari selepas itu (20 Oktober)untuk berlepas ke Bangkok dan dia tidak mengetahui berapa hari isterinya itu berada di bandar berkenaan.

Katanya, Nursuhaila turut menghempas pintu bilik hotel selepas dia melarang isterinya itu keluar daripada hotel dan insiden pergaduhan itu turut dirakamkan dalam bentuk video.

Menurut Jimmy, beliau hanya mengetahui mengenai aktiviti Nursuhaila selepas membaca status menerusi Facebook miliknya yang tertulis; “Aku mai la… “sape” pun, Diana Mariana tetap di hati. Okeylah… aku nak keluar enjoy hilangkan stress.”

Apabila ditanya oleh peguamnya, Mohd Noor Raizan siapakah wanita yang dimaksudkan dalam Facebook itu, Jimmy memberitahu individu tersebut adalah teman Nursuhaila.

Ujar Jimmy, dia hanya bertemu semula dengan isterinya itu di rumah milik mereka di Sungai Buloh dekat sini kira-kira lima hari selepas pulang daripada Koh Samui.

Jimmy turut memberitahu mahkamah dia dan isterinya jarang berkomunikasi secara lisan sebaliknya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Zahrah Shanley yang kini berusia kira-kira sembilan bulan.

Prosiding kes berkenaan akan disambung pada 7 dan 14 Mei depan.

sumber : mstar online

Jimmy dan Suhaila dikurniakan anak perempuan bernama Zahrah yang lahir pada 24 Jun 2011. Hubungan Jimmy dan ibu mertuanya masih lagi baik.

Keenganan Jimmy menceraikan isterinya Suhaila biarpun isterinya itu bersikap dingin terhadapnya adalah kerana dia takut akan perceraian.

Jimmy mengaku sedih melihat pasangan lain bercerai semasa menghadiri sesi kaunseling di mahkamah, tambahan sekarang dia dan Suhaila sudah ada anak. Apakah nasib anak nanti apabila ibu-bapa bercerai.

……………………………………………………………………………………………………………….

Orang dah kawen ni tak boleh nak hu ha hu ha keluar dgn kawan sana sini hiburan sana sini tanpa izin suami, kalau suami tak bagi kena la taat,

tapi bab penampar sikit gaduh lepas tu naik penampar..tu kira macam panas baran tak tahan sabar tu, tapi apa nak buat dah berlaku kan..moga menjadi iktibar , mcm kata Jimmy jugak jd iktibar kepada pasangan lain..jangan tiru cam depa..

semoga pasangan Jimmy dan Suhaila dapat muhasabah diri dan mendapat jalan penyelesaian terbaik demi masa depan anak mereka.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Jimmy Shanley Mengaku Tampar Isteri Waktu Bulan Madu”

  1. Amirez says:

    3 hari kawen dah angkat tangan. baran agaknya jimmy ni
    Amirez recently posted..Ultrabook Toshiba Portege Z830 Notebook Paling Ringan Di Dunia

  2. akubiomed says:

    Sedih saya baca entri ini kerana hal masalah rumahtangga telah diketahui umum. :-(
    akubiomed recently posted..5 Dalil kenapa AkuBiomed perlukan Ultrabook Toshiba Portege Z830

  3. fakhruddin says:

    sayangnya…pernikahan besar besaran dan gilang gemilang..
    tapi hidup tak seberapa…banyak betul masalah…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold