Irma Hasmie Bakal Berkahwin Dengan Anak Datuk 1 Julai

Pelakon Irma Hasmie bakal berkahwin dengan anak seorang Datuk pada 1 Julai ni. Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31 dan Irma Hasmie bertemu jodoh di Mekah pada Februari lalu. Irma berkata, dia dan Reza yang merupakan seorang ahli perniagaan itu bertemu di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga. Pada 12 Mac lalu keluarga Reza merisik Irma dan sepakat akan berkahwin pada 1 Julai ini.

Irma dan Rezza bertemu jodoh di Meka, Irma mengakui ada berdoa untuk yang terbaik buat dirinya di depan Kaabah.

Gambar tunang Irma hasmie, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan

 

“Namun, saya akui ada berdoa di depan Kaabah agar diberikan segala yang terbaik untuk diri ini.

“Saya bersyukur sangat-sangat kerana bertemu jodoh di depan Kaabah ketika menunaikan umrah. Bagi saya, jodoh ini satu anugerah terbesar buat diri saya daripada Allah. Memang pertemuan kami dan hubungan kami berlangsung dalam waktu yang cukup singkat,”

“Namun, apa yang membuatkan saya tertarik dan bersetuju untuk mengikat hubungan kami ke peringkat yang lebih jauh disebabkan jodoh ini ditemui di depan Kaabah. “Kedua, saya sendiri cukup senang apabila bersama dirinya dan ketiga, hubungan kami direstui oleh kedua-dua pihak keluarga. Saya dapat merasakan restu itu, inilah sebabnya saya bersetuju untuk bertunang dan seterusnya melangkah ke gerbang perkahwinan,”

Irma dan Reza melangsungkan pertunanagan pada Sabtu lepas di rumah Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh.

“Syukur Alhamdulillah saya menganggap jodoh saya dan Reza adalah satu anugerah Allah S.W.T. Tak sangka pula umrah saya yang ketiga ini menemukan saya dengan Reza yang turut menunaikan umrah bersama keluarganya pada masa itu.

“Perkenalan kami amat singkat tetapi saya cukup senang bersama dengannya. Lebih menguatkan perhubungan kami ialah apabila kami direstui kedua-dua belah pihak keluarga. Moga jodoh ini berpanjangan sehingga akhir hayat,”

 

 

sumber : mstar online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Irma Hasmie Bakal Berkahwin Dengan Anak Datuk 1 Julai”

  1. faizfakhirin says:

    berkawin cepat lagi bagus…
    faizfakhirin recently posted..Polis Menahan Batman Drive Lamborghini

  2. zik says:

    tahniahlah irma..semoga berbahagia… ada lagi beberapa bulan.. harap boleh bersedia..
    zik recently posted..Aku LELAKI KACAK wei!

  3. akubiomed says:

    Tanniah kepada Isma dan pasangannya.
    akubiomed recently posted..Bantu saya cadang untuk masakan ikan Salmon

  4. hanis says:

    alhamdulillah . moga kekal :)
    hanis recently posted..Menipu punya olang !

  5. suri says:

    semoga kekal seperti yg d rancangkan.amin

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold