Gambar terkini anak Siti Sarah dan Shuib Sepah

Penayanyi Siti Sarah kini sudah mahu media merakamkan dirinya setelah lama menyepi selepas selamat melahirkan anak, Uwais Al Qarni pada 4 Disember tahun lalu. Kasih sayang dan kebahagiaan keluarga Shuib Sepah dan Siti Sarah semakin bertambah dengan kehadiran anak mereka itu.

 

Nama bayi mereka Uwais Al Qarni diambil dari nama seorang sufi yang terkenal dan sederhana.

Apa kata Siti Sarah

“Kalau diikutkan waktu mengandung saya dan Shuib telah menyediakan dua nama untuk bayi kami. Satu daripadanya adalah Uwais Alqarni manakala satu lagi adalah Ahmad Deedat. Tetapi saya lebih suka dengan nama Uwais Al-Qarni.

Selepas bergelar isteri dan kini ibu, kehidupan saya kini cukup berbeza. Apabila berada dekat dengan Uwais dan melihat dia membesar dari sehari ke sehari cukup membuatkan hati saya teruja dan tidak sangka ada ‘manusia’ kecil yang memerlukan saya.

Sebagai ibu, saya mahukan yang terbaik untuknya dan kerana itu sejak awal kandungan saya sudah berhasrat mahu menyusukan Uwais dengan susu saya.

Alhamdulillah, setakat ini tiada sebarang masalah dan Uwais seorang anak yang tidak banyak kerenah.

Kerana itu juga, saya tidak sanggup meninggalkan dia yang masih kecil dan membawa sekali ketika saya ada urusan di luar. Bahkan, saya bersyukur kerana Shuib juga ringan tulang untuk membantu menukar lampin atau menjaga Uwais ketika saya sedang berehat.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Gambar terkini anak Siti Sarah dan Shuib Sepah”

  1. titan says:

    haha..kacak gila shuib. haha..
    titan recently posted..Hadiah terkini Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012

  2. akubiomed says:

    Sekejap sahaja sudah besar dan rambut tegak.
    akubiomed recently posted..Doktor tolong selamatkan burung saya

  3. faizfakhirin says:

    Semoga mereka bahagia..tu jela bleh doakan.
    faizfakhirin recently posted..Cincin Kahwin Versi 2012

  4. klANA says:

    alololo.. nyenyaknya dia tido.. tomei2.. Uwais al Qarni.. nama yg hebad!
    klANA recently posted..Kucing Comel – Eh Aku Punya xLah Comel Sangat

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold