Alhamdulilah lagi selebriti yang berhijrah ke arah kebaikan, Abby Abadi antara artis wanita yang berubah memakai tudung selepas pulang dari Mekah/ umrah, Abby Fana dj radio, pun begitu. Sejuk melihat penampilan mereka yang terkini ni..mari kita doakan Abby Abadi akan terus kekal bertudung.
Pelbagai cerita kita dengar ada artis yang mendapat hidayah selepas bersolat hajat, dan kerana keinginan datang dalam diri tanpa paksaan. Tahun ni saja artis seperti Anna Raffali, Farah Asyikin dan Enot dah berubah memakai tudung.
Abby Abadi baru saja pulang dari mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, sekembali dari Umrah Abby nekad untuk bertudung.
Abby juga berkata perpisahannya dengan pelakon Zul Ariffin juga barangkali menjadi faktor yang mempercepatkan agendanya ke sana.
“Saya ke sana pula bukan atas alasan membawa hati yang kecewa. Sebaliknya, sebagai umat Islam mengerjakan umrah menjadi tuntutan buat kita,”
Apa kata Abby dengan imej bertudung..
“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini.
“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,”
Gambar gambar Abby Abadi ketika di Mekah dan Madinah

Abby baru pulang dari Umrah 26 Mac


Abby Abadi di Madinah

Abby di Masjid Nabawi – mencari redha Allah
Abby dan statusnya di facebook
“Ampunkan segala dosa-dosa saya pada awak. Terlalu banyak kekurangan saya selama kita bersama. Satu hari moga Allah bukakan pintu untuk saya tebus kelemahan saya,”
Siapa awak dalam ni..mungkin kepada Zul Ariffin.
March 28th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

Nampak lebih tenang wajahnya.. semoga Allah permudahkan segala urusan
dan kekuatan diri agar tetap ingat pada-Nya..
nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #38
betul tu nampak wajah dia tenang je
Nuriz Ibrahim recently posted..Gambar Terbaru Abby Abadi Bertudung Selepas Pulang Dari Umrah
alhamdulillah..dah sampai serunya..
Tuhan lebih tahu segala dalam hati setiap umatnya…
baru nampak cantik bertudung kan?
syahrilhafiz recently posted..Muaturun Koleksi Chrome OS Wallpapers
Penghijrahan yang tepat pada masanya.
akubiomed recently posted..Sambutan Earth Hour 2012 apa yang AkuBiomed bakal lakukan?
syukur.. makin ramai artis dah bertudung skrg..
klANA recently posted..Kucing Comel vs Bunga Cantik