Gambar gambar Macho Ustaz Don Daniyal

Ustaz Don sekarang menjadi fenomena baru dan membawa pendekatan dakwah berbeza yang memikat para remaja dan anak-anak muda masa kini. Siapa tak kenal Ustaz Don? budak budak kecil pun  sudah kenal Ustaz Don. Tengok rancangan 30 minit Ustaz Don di tv Al Hijrah? 

Tak puas 30 minit bersama Ustaz Don

Rasa tidak puas la sangat 30 minit je, rasa macam nak lagi..nak lagi..tak puas dengar Ustaz Don berceloteh dan mengajar dalam rancangan tu. Harap harap pihak Tv Al hijrah panjangkan lagi masa bersama Ustaz Don, kalau rancangan hiburan boleh je sampai 1 jam 2 jam..tak buat live pun takpa, buat rakaman ok jugak.

Mungkin Ustaz Don sibuk sebab beliau masih menjadi pensyarah di Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat di Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Bangi. Malam saja beliau boleh menjayakan rancangan tu.

Penampilan Ustaz Don yang kemas bergaya ala ala model

Gambar Ustaz Don ala ala model ni sangat kacak..hehe!! teringat model Edika Yusof dulu tu

ustaz Don dgn rambut potong nipis, mengenakan sut hitam, kaca mata hitam..dan ada nampak teddy bear, keychain kot hehehe!

Ustaz Don menjadi icon para remaja sekarang sedar akan penampilan diri diperhati di khalayak ramai. Kehidupannya berbeza sebelum dan selepas dia dikenali.

“Ulama terkenal, Allahyarham Ustaz Yusof Rawa sangat menjaga penampilannya ketika berada di khalayak sehingga pernah menerima duta keterampilan.

“Ini bermakna, kebebasan bergaya sememangnya ada asalkan tidak keluar daripada landasan Islam. Saya pun bukanlah ke sana sini mengenakan jubah dan serban, ikut kesesuaian juga.

“Jika bermain boling misalnya, takkan hendak memakai jubah juga. Selebihnya, saya selesa memakai sut dan pakaian formal,”

“Bagi saya dengan memakai jubah, ia menyebabkan saya rasa bangga. Jadi, pemakaian jubah dan berserban ini adalah lambang kebanggaan diri saya,”

 

Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984

Umur: 28

Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Sekolah: SMKA Nibong Tebal, Penang.
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang (sudah bertunang dengan gadis yang sedang belajar di Medical Student di Kaherah Mesir)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Graduan Universiti Al Azhar

Minat bidang fotografi dan grafik.

Pernah menjadi guru tadika di Pulau Pinang

Asal nama Don
Bukan nama glamor, bukan juga gimik untuk tampil berbeza di kaca tv. Sebaliknya, pangkal nama Don yang tertera dalam kad pengenalan jejaka ini adalah kesinambungan susur galur nama keluarga yang dimulakan daripada ayahnya, Don Biyajid.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Gambar gambar Macho Ustaz Don Daniyal”

  1. akubiomed says:

    Siapa kata ustaz tidak boleh bergaya. Kacak seh. :-)
    akubiomed recently posted..5 Dalil kenapa AkuBiomed perlukan Ultrabook Toshiba Portege Z830

  2. fakhruddin says:

    Fulamak..nama jer ustaz..tapi stylo giler..

  3. Ummi Hanie says:

    alamak,suami sy lg lebai le cenggini… hik2

    tp kalau pakai jubah bwk g main bowling pun pe salahnye… hehe.jadi tumpuan ramai :)
    Ummi Hanie recently posted..Wordless Wednesday #29: Saya dan the Lorax

  4. APAN says:

    menarik ustaz ni…bila balik kg haritu, mak ada pasang gak tv al-hijrah.layan gak dia masa tu…mmg mampu menarik pendengar.semoga disenangkan segala urusan beliau :)
    APAN recently posted..Aksi Meyakinkan Seekor Kambing Meluncur Air

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold