GAMBAR Enot Bertudung Kini

Pelakon komedi Enot atau nama sebenar Aliza Abdullah kini tampil dengan imej bertudung. Alhamdulillah. Ramai juga sekarang artis artis tampil dengan imej bertudung, semoga kekal imej begitu selamanya :)

Gambar Enot bertudung

Enot menyertai siri jelajah  promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Village Mall, Sungai Petani, mari kita lihat gambar terbaru Enot bertudung.

Apa yang dikesalkan ada segelintir pihak masih lagi pandang serong dan menyindir dengan perubahan baik yang dibuat oleh pelakon komedi Enot ni. Kesian pulak kat Enot, ada jugak orang tak puas hati dengan dia..di wall facebook Enot ada meluahkan perasaannya apabila ada pihak masih menyindir dia..

Enot mula terasa ingin bertudung sejak 3 minggu lalu, dan dia tidak mengetahui apa punca dia teringin sangat nak bertudung sejak akhir akhir ini..

Alhamdulilah sepanjang tempoh sy memakai tudung ni ada yg suka dan ada yg mngata,sy cuma mampu memanjatkan doa pd tuhan supaya tuhan kuatkan

iman dan pendirian sy supaya sy kekal brtudung smpai bl2..insyaallah..sy trbaca dlm forum psl kasut sy tu,sy mmg x mampu memakai kasut tinggi dan tu

saja kasut yg sy bleh pakai jd hrp sume fhmlah,dan ada yg mngatakan bdn sy gemuk liat nak sembahyang tu antara sy dgn tuhan,anda yg brckp begitu

buta2 bg sy markah free alhamdulilah..sy tau mmg ssh nak puaskan ht sume org,sy brsyukur dgn perubahan yg sy alami smoga allah mnagampuni dosa2 sy

dan dosa2 anda yg mngata sy insyaallah..amin

 

Enot nak jaga tingkah laku dan pertuturan

“Saya tidak tahu kenapa tetapi tiba-tiba timbul keinginan di hati untuk bertudung. Lalu saya mencapai apa saja tudung sewaktu hendak keluar rumah, suami sendiri terkejut melihat perubahan saya.

“Alhamdulillah jiwa saya semakin tenang. Sebelum ini saya kuat berpeluh tetapi sejak mengenakan tudung, masalah itu tidak pula berlaku. Malah saya juga sangat bersyukur apabila pakaian ke siri jelajah ini ditaja seorang hamba Allah.

“InsyaAllah saya akan kekal dengan imej sebegini dan memastikan tidak akan berpatah balik kepada imej yang dulu. Walaupun sudah berhijrah, saya masih Enot yang sama. Saya masih boleh membawakan watak komedi tetapi akan berusaha mengawal tingkah laku terutama pertuturan,”

 

 

“Saya mula berfikir apa yang ada di dalam dunia ini tidak akan kekal lama melainkan Allah. Saya rasa cukuplah apa yang saya sudah lalui dan rasa sepanjang menjadi artis.

“Selama 17 tahun berada dalam bidang ini saya akui sering lalai. Alhamdulillah pada usia 33 tahun, Allah buka pintu hati saya untuk menutup aurat. Memang banyak dugaan yang terpaksa saya tempuh apabila mahu berubah, antaranya saya tidak ada ‘job’

sumber : abph.com.my

 

 

p/s: adalah lebih bagus doakan yang baik baik daripada menyindir orang..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “GAMBAR Enot Bertudung Kini”

  1. akubiomed says:

    Besar langkah transformasi yang dilakukan. Tanniah
    akubiomed recently posted..Pelancaran Kawasaki GT World dan Pusat GIVI

  2. nurmisnan says:

    Betul.. doakan untuk yang baik2 saja.. mudah2an enot dapat melabuhkan
    sedikit tudungnya agar menutupi bhg dada dan belakang..
    nurmisnan recently posted..Khasiat teh hijau

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold