Gambar Banjir Kilat Di Kuala Lumpur Semalam +Gambar Palsu Low Yat Banjir

Semalam hujan lebat melanda bandar Kuala Lumpur sehingga lewat tengah malam. Beberapa lokasi yang ditenggelami air ialah kawasan Ampang, Bukit Bintang, dan Jalan Belfield. 

Banyak jalan jalan ditutup kerana air naik ke paras bahaya. Hampir 400 orang penduduk di sekitar Ampang dipindahkan kerana kawasan rumah mereka ditenggelami air, rata rata hampir dengan kawasan sungai.

Berikutan hujan lebat di sekitar Lembah Klang , terdapat juga rumah yang berhampiran sungai hanyut dibawa arus. Dua kampung yang terlibat ialah Kampung Lembah Jaya Utara dan  Kampung Pinggir Tiga yng membabitkan 150 buah rumah.

Empangan di Bukit Belacan, Ampang telah pecah. Banjir teruk di kawasan tersebut dan ada yang dilaporkan terbunuh. Empangan pecah dipercayai punca banjir kilat.
Berlaku juga kejadian tanah runtuh di Kampung Attap di Kuala Lumpur . Seorang remaja berumur 13 tahun, maut apabila tertimbus di rumahnya.

Tanah runtuh berskala kecil turut berlaku di kawasan cerun bukit di Apartmen Spring Villa, Ukay Perdana, Ampang dalam kejadian 9 malam.

Kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menghempap sebuah bas yang diparkir berhampiran lampu isyarat.

sumber : mstar, Bernama

Video harian metro

 

Ini ada beberapa gambar banjir kilat di sekitar KL , Ampang semalam

 

 

 

 

 

Gambar palsu Low Yat banjir :)

Memang saya agak terkejut melihat Low Yat yang ditenggelami banjir teruk, apabila terjumpa dalam satu artikel mengenai banjir semalam, sampai macam tu sekali ke banjir?

hasil dari forum cari baru tahu yang gambar tersebut adalah palsu dan diedit saja ..memang pakar le orang mengedit gambar tu hehe nampak real mcm banjir kan..siap ada bayang bayang terbias kat air warna kuning lagi.. :) mungkin plugin flood filter digunakan dalam gambar ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Gambar Banjir Kilat Di Kuala Lumpur Semalam +Gambar Palsu Low Yat Banjir”

  1. Wan says:

    teruk banjir tu, siap ada kena pindah lg.. byk harta benda rosak tu kan.
    Wan recently posted..Gambar Datuk Siti Nurhaliza Di Pernikahan Adiknya

  2. akubiomed says:

    Kenapalah buat super impose bagi mengelirukan orang ramai.
    akubiomed recently posted..Dedikasi Hari Wanita Sedunia 2012

  3. APAN says:

    ceh…famous kot gambo ni hari ni…merata email.rupa2nya palsu je.hampeh…
    APAN recently posted..Gunung Rushmore Melahirkan Gunung Hokage

  4. yas says:

    Laa awatnya pasai banjir pun ader gak yang nak menipu? Memacam la manusia skg nih…..hehehe
    yas recently posted..KARNIVAL PROTON – POWER OF 1

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold