Gambar Awal Ashaari dan Scha Di Majlis Pengumuman Tarikh Kahwin

Semalam berlangsung sidang media pengumuman tarikh kahwin Scha dan Awal Ashaari yang bertempat di di Ampwalk, Jalan Ampang , KL. Mereka berdua akan diijabkabulkan pada 4 Mei di di Hotel Pullman, Putrajaya. Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.

 

Awal mengenakan sepasang Kurta putih, manakala Scha memakai kurung moden berona coklat.

Media berkesempatan merakamkan gambar gambar Scha dan Awal serta keluarga kedua belah pihak.

Awal memberi syarat kepada Scha tidak boleh berpeluk dengan lelaki selepas kahwin

“Apabila bergelar isteri, semestinya dia (Scha) perlu menjaga nama baik suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Jadi, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti iaitu biarlah tawaran watak yang diterima sesuai dengan status isteri yang dibawanya.

“Kalau boleh saya tak mahu dia berpelukan dengan lelaki lain, nampak kurang manis,”

Scha akan taat suami

“Hahaha! Saya pun tak tahu yang dia mahu saya lebih memilih watak selepas berkahwin nanti. Bagaimanapun itu bukannya satu masalah pun.

“Sebagai isteri, saya perlu mengikut kata-katanya nanti. Cuma saya harap, Awal dapat menjaga saya seperti mana dia menjaga keluarganya,”

Tip rumahtangga yang Awal dah dapat

“Berdasarkan pesanan-pesanan daripada rakan-rakan yang sudah berumah tangga dan orang tua-tua, mereka memberitahu, jika suami isteri tidur bersama akan menguatkan lagi mahligai perkahwinan.

“Sibuk dan gaduh besar macam mana sekalipun, ibu berpesan, tidur mestilah sekali. Ia merupakan salah satu tip kebahagiaan dalam rumah tangga,”

 

10 PERKARA yang anda nak tahu mengenai Scha dan Awal Menjelang Perkahwinan Mereka

Menjelang majlis perkahwinan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, berikut merupakan sepuluh perkara menarik yang perlu anda ketahui.

1) Selepas berkahwin,  Awal mahu Scha pulang ke rumah sebelum jam 12.00 tengah malam.

2) Awal mahu Scha sentiasa tidur bersamanya walaupun sibuk atau berlaku krisis dalam rumahtangga. Dia percaya perkara itu penting setelah dinasihatkan oleh ibu dan kawan-kawan yang sudah berkahwin.

3) Scha mengharapkan Awal boleh menjaganya dengan baik sebagaimana dia menjaga keluarganya sendiri selepas berkahwin nanti.

4) Pasangan ini mendapat 10 penajaan untuk majlis pernikahan dan resepsi. Bio Essense & Nugeno Men antara penaja utama untuk kedua-dua majlis.

5) Astro adalah penyiar rasmi untuk majlis perkahwinan ini. Selain menyiarkan majlis pernikahan secara langsung, Astro Ria akan menyiarkan empat episod pra-perkahwinan dan satu episod persandingan.

6) Awal nafikan dia mengejar publisiti, sebaliknya ingin berkongsi detik-detik bersejarah dia dan Scha bersama peminat yang banyak memberi sokongan.

7) Scha mementingkan hidangan yang ingin disajikan kepada tetamu. Dia mahu semua tetamu seronok dan puas hati dengan makanan.

8) Hanya ada satu majlis resepsi diadakan untuk kedua-dua belah pihak. Scha juga enggan melakukan sesi fotografi yang memerlukan dia menukar berpasang-pasang baju.

9) Scha mendedahkan andai dia tahu Awal hendak melamarnya secara rasmi di  program Propaganza pada Ahad lalu, pasti dia tidak akan menghadirkan diri.

10) Pasangan ini sepakat memilih warna putih sebagai warna tema majlis perkahwinan mereka. Ini kerana mereka mahu majlis perkahwinan mereka kelihatan suci.

 

 

 

Video Scha dilamar oleh Awal di Propaganza live

 

sumber Gua.com.my

 

Video pengumuman tarikh kahwin Scha dan Awal

httpv://www.youtube.com/watch?v=aXfYdEiwl3Q

httpv://www.youtube.com/watch?v=ASpbQ1W74y8

httpv://www.youtube.com/watch?v=3gIoT3u7Dxk

httpv://www.youtube.com/watch?v=U-6QItO_31Y

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Gambar Awal Ashaari dan Scha Di Majlis Pengumuman Tarikh Kahwin”

  1. suri says:

    solekan pipi nampak terang bangat heee..btw tahniah

  2. anum says:

    memang wajib la scha kena ikut cakap awal bila dh sah jadi suami isteri nanti…bukannya ikut time bercinta jer….

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold