Filem Box Office 21 Jump Street (2012)

Filem box office 21 Jump Street (2012)  mengalahkan filem  Dr  “Suess The Lorax dan John Carter,  apabila berjaya mengutip AS$35 juta ( RM 105 juta). Filem ni diadaptasi dari siri tv 21 Jump Street yang disiarkan sekitar tahun 1987.

Dalam siri tv,  21 Jump Street mengisahkan sebuah pusat  operasi sekumpulan pegawai polis yang membabitkan pakar dalam kes yang membabitkan remaja. Setiap ahli pegawai polis Jump Street dipilih kerana paras rupa mereka yang muda seperti pelajar sekolah menengah dan kolej.

Oleh kerana paras rupa mereka yang seperti remaja, maka mereka mampu untuk beroperasi secara rahsia di kawasan yang sukar ditembusi oleh pegawai polis biasa untuk beroperasi tanpa disedari.  Mereka membenteras kes seperti penyalahgunaan dadah, perkauman, pengambilan alkohol dan sebagainya.

Filem aksi komedi menarik
Dalam filem yang dilakonkan oleh Jenko (Channing Tatum) dan Schmidt (Jonah Hill) pula, agak berbentuk komedi slapstik. Mungkin tarikan komedi dan pelakon yang kacak mcm Channing Tatum tu menarik peminat untuk menontonnya ataupun 21 Jump Street sememangnya mempunyai peminat sejak dari tv siri lagi?   Siri tv tu dulu sangat diminati oleh remaja pada tahun 80an – 90an, tambah tambah ada Johnny Depp..(memang hero tu amat diminati oleh kakak saya jugak dulu.. :) )

Pemilihan Channing Tatum untuk menjadi remaja semula dan kembali ke sekolah adalah macam tak berapa kena sebab badan dan rupa dia memang mcm lelaki  30-an, tetapi itu bukan benda penting pun bagi peminat Channing Tatum.. :) asalkan terhibur sudah..

Tarikan dari filem ini kebanyakan dari review yang dibuat, penonton tertarik kerana  filem ni menyajikan  komedi yang segar dan kehebatan pelakon melakonkan watak komedinya.

Nantikan filem 21 Jump Street ini di pawagam di Malaysia pada 5 April 2012.

 

Trailer 21 Jump Street 2012

21 Jump Street dulu dulu

Kutipan 21 Jump Street kalahkan filem Dr ‘Suess The Lorax yg hanya berjaya mengutip  AS$ 22.8 juta dan John Carter AS$13.5 juta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Filem Box Office 21 Jump Street (2012)”

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold