Fasha Sandha dan Jejai Berkahwin Di Bali 29 April 2012

Harian metro melaporkan Fasha Sandha,28 dan Rizal Ashram atau Jejai, 36 akan berkahwin di Bali pada 29hb April 2012. Pasangan itu memilih Bali kerana inginkan mood yang romantis di pusat peranginan yang terkenal itu. 

Kiranya Fasha memilih  Balinese-style wedding la ni ye. Ada artis suka English-style dan Garden-style..mcm2 style.

Persiapan awal perkahwinan Fasha

Persiapan majlis yang bakal dihadiri 100 tetamu termasuk keluarga, rakan terdekat dan wakil media itu hampir selesai, malah busana pengantin serta jurusolek pilihan juga sudah ditempah sejak awal tahun.

Busana pengantin pilihan Fasha seperti gambar yang tersebar baru baru ini, memang benar, Fasha memilih Rizman Ruzaini sebagai pereka baju pengantinnya.

Manakala kepercayaan untuk menyolek wajah bakal pengantin pula diberikan kepada jurusolek kegemaran ramai artis ternama, Tiar Zainal.

Persiapan majlis yang bakal dihadiri 100 tetamu termasuk keluarga, rakan terdekat dan wakil media itu hampir selesai.

Beberapa hari lepas gambar menunjukkan pasangan itu menghadiri kursus perkahwinan di KL dan berada di butik melihat baju pengantin, dan semalam Fasha membuat pengakuan yang Rizal Ashram sudah menghantar rombongan merisik.

Fasha menghitung hari bahagia

“Saya bercinta dan itu adalah perkara yang tidak saya nafikan. Namun bercerita soal berkahwin dan perancangan ke arah itu, semuanya saya serahkan kepada Tuhan dan jodoh.

Kenapa Jejai jadi pilihan

“Alhamdulillah ranjau, dugaan dan seribu satu warna yang pernah singgah dalam hubungan kami tidak pernah berpanjangan. Biar pelbagai kisah dan versi pernah diceritakan, saya dan Jejai masih bersama dan itu saja yang mengundang rasa tenang buat saya selain kerja dan tanggungjawab harian yang begitu banyak.

 

“Jejai lelaki pilihan hati kerana sikap dan personaliti dirinya yang jelas menambat jiwanya untuk memilihnya sebagai pasangan hidup,”

 

sumber: harian metro, website ABPBH

 

Antara artis yang pernah melangsungkan perkahwinan di Bali ialah artis Malique Too Phat dan pasangannya Melissa pada tahun 2008. Lagi yang pernah bernikah di Bali ialah model terkenal Amber Chia.

Berkahwin tepi pantai sambil angin bertiup dengan majlis dibuat secara open ala ala omputih gitu.. :)

Gambar Fasha dan Jejai hadiri kursus perkahwinan

Gambar terbaru 2012 Fasha dan Jejai yang sweet 

 

Lihat dulu pemandangan di Bali dalam majlis kahwin artis Malique

Amber Chia

p/s: Fasha memang sukakan Bali ye, dulu Fasha pi cuti ke Bali, masih ingatkah dgn kontroversi Fasha memakai tuutt di Bali :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Fasha Sandha dan Jejai Berkahwin Di Bali 29 April 2012”

  1. nabila says:

    lawanya fasha

  2. akubiomed says:

    Sampai ke Bali bernikah. :-)
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – #Bantuan diperlukan

  3. aleen says:

    mcm la tak tau… hubungan yang tak direstui!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold