Fasha Nikah Di KL Rumah Pemberian Jejai, Resepsi Di Perlis dan Luar Negara

Dalam website ABPBH melaporkan Fasha akan kahwin di Bali 29 April, rupanya itu ialah antara majlis resepsi kedua pasangan berkenaan yang dihadiri orang terdekat sebab tu, hanya 100 tetamu saja.

Lokasi luar negara yang dirahsiakan oleh Fasha kemungkinan Bali tetapi Fasha enggan memberitahu secara jelas kerana menghormati keluarga pihak Jejai.

 

Majlis Resepsi hujung bulan April..

“Majlis resepsi pula akan diadakan di Perlis untuk sebelah perempuan manakala majlis pihak lelaki akan dibuat di sebuah lokasi di luar Malaysia. Mengenai Bali itu saya tak nak komen, tapi memang betul resepsi kami akan dibuat di luar negara.” ujar Fasha.

 

Akad nikah Fasha dan Jejai di Ampang

Dalam mstar online hari ini melaporkan yang Fasha akan bernikah di rumahnya hadiah pemberian Jejai di Ampang pada 7 April.

 

Terdapat 2 majlis resepsi Fasha dan Jejai 

Fasha berkata, pada hari tersebut turut diadakan resepsi pertama bagi meraikan hari bahagia mereka sebelum mengadakan dua lagi majlis di Perlis dan di sebuah destinasi yang masih dirahsiakan lokasinya untuk kenalan terdekat.

Ibu Fasha sendiri menginginkan Fasha meraikan pernikahannya dikampung halaman mereka di Perlis.

“Majlis resepsi di Kuala Lumpur akan diadakan sekali gus selepas akad nikah di rumah yang dibelikan oleh Jejai kepada saya dan dua acara lagi menyusul di Perlis dan sebuah lokasi luar Malaysia untuk kenalan terdekat.

“Tarikh untuk dua acara lagi tidak dapat didedahkan lagi buat masa ini tunggulah selepas kad kahwin diedarkan,” katanya.

 

Fasha memberitahu, cuma majlis di Perlis bersama-sama ahli keluarganya akan berkonsepkan tradisional atas keinginannya sendiri.

Apa tema perkahwinan Fasha dan Jejai?

“Saya sendiri dah beli empat busana pengantin dari butik Rizman Ruzaini. Perkahwinan kami nanti tak ada apa-apa tema, cuma majlis di Perlis nanti saya akan pakai busana tradisional.

 Fasha tak nak membazir kerana Islam tak suka pembaziran

“Ini kali kedua Jejai melamar saya. Bila dilamar awal tahun ini, saya sendiri sudah bersedia untuk bergelar isteri. Mengenai impian perkahwinan pula, saya mengimpikan majlis yang sederhana tapi diingati selamanya. Kami rancang untuk membuat majlis perkahwinan secara sederhana sebab bagi kami itu lebih indah. Lagipun pembaziran juga tidak digalakkan dalam Islam.”

 

 

Ish ish berteka teki sungguh la Fasha Sandha ni..dalam website A dia bagitau, tapi dalam web B, Fasha berselindung yang tu yang ni, padahal orang akan baca jugak kat mana mana pun, emm maybe web site ABPBH tu dapat hak eksklusif kot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Fasha Nikah Di KL Rumah Pemberian Jejai, Resepsi Di Perlis dan Luar Negara”

  1. Mama Hanim says:

    mesti happening majlis dorang kan.. akhirnya dh nak kawin juga..
    Mama Hanim recently posted..Sharnaaz Dan Shila Terperangkap Dlm Banjir 12 Jam, Naik Lori

  2. mcam2 citer la diorg ni..pening2

  3. akubiomed says:

    Dah nak jadi isteri. Lepas ini target jadi isteri yang solehah.
    akubiomed recently posted..My Pinky Moments Contest – Eyriqazz

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold