Fahrin Ahmad Bercinta Dengan Zetty, Anak Saudara Siti Nurhaliza?

Fahrin Ahmad 33,  jejaka malaya ni selepas putus dengan Scha Al yahya, dikatakan sudah ada teman baru pengganti cintanya. Sejak tahun lepas, Fahrin Ahmad dikatakan sedang rapat dengan anak saudara Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K ni, Zetty Adila, 26 atau nama sebenar Adila Ramly yang juga anak kepada Datin Zaitun Mohd Jiwa, produser drama.

Baru baru ni ada kedengaran gosip yang mengatakan Fahrin Ahmad dilihat kerap keluar bersama Zetty dan berpegangan tangan. Apabila ditanya kepada Fahrin, dia menafikan yang pasal pegang tangan tu, tapi mengakui memang berkawan dengan Zetty, Penerbit Eksekutif Global Station.

Persahabatan mereka mula terjalin apabila Fahrin  membintangi drama rantaian Pengantin Untuk Dijual terbitan Global Station pada 2010. Sekali lagi Fahrin bekerjasama dengan syarikat produksi milik keluarganya apabila menjayakan drama Suria Di Cordoba.

 

Media hiburan dapat menghidu kemesraan antara Zetty dan Fahrin di sebuah majlis pelancaran wajah baru Wanita Inspirasiku TV3 di Fullhouse Lifestyle Store & Cafe, Sunway Giza, Kota Damansara.

apa kata Fahrin

“Saya dan Zetty memang berkawan. Yer betul kami pernah keluar bersama tapi kalau pasal pegang-pegang tangan tu, memang tak benar”,

“Berdasar pengalaman lepas, untuk saya sahkan satu-satu perhubungan saya perlu berhati-hati sebab ia adalah satu perkara yang rumit dan tricky. Fokus saya sekarang ada kerja dan diri sendiri. Hubungan kami memang dalam peringkat berkawan dan lebih manis untuk saya tidak berkata apa-apa”

 

Komen Zetty kepada pihak media apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Fahrin

“Kami kawan. Saya selesa berkawan dengan dia. Dia lelaki yang baik. Kami selalu sembang dan berkongsi idea mengenai hal industri. Dia sangat bertanggungjawab dan jenis lelaki yang selalu mengutamakan keluarga. Saya tak mahu komen lebih. Jika ada jodoh, ada lah“,

“Kami berada dalam industri sama, dia pelakon manakala saya orang belakang tabir. Kami sering bertukar-tukar pandangan, pendapat dan berkongsi idea mengenai kerja.
“Kalau kata antara kami ada sesuatu dan mahu sembunyikan daripada pengetahuan ramai, kami tak akan keluar bersama di tempat terbuka. Kami hanya kawan,”

sumber Malaysian digest, harian metro

Doa doakan mereka ada jodoh :)

Cute dan jelita Zetty ni, ada iras iras muka Linda Onn dan Scha tak? chinese look kot taste Fahrin Ahmad :)

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Fahrin Ahmad Bercinta Dengan Zetty, Anak Saudara Siti Nurhaliza?”

  1. akubiomed says:

    Wah ada makna beri GPS. Sudah tentu tidak sesat. :-)
    akubiomed recently posted..5 Dalil kenapa AkuBiomed perlukan Ultrabook Toshiba Portege Z830

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold