Eyka Farhana Sanggup Dipukul Rozita Che Wan Demi Watak Dalam Bunga Bunga Syurga

Agak meluat dengan watak jahat Rozita Che Wan yang menjadi mak saudara yang jahat dalam drama Bunga Bunga Syurga tu..itu satu pujian sebenarnya :) Rozita Che Wan memang berjaya membawa watak perempuan  kaya yang kejam dan angkuh mendera anak-anak yatim lagi.

Pelakon Eyka Farhana yang membawa watak anak yatim dan anak saudara kepada Rozita Che Wan dalam tu menjadi mangsa dera dan selalu kena pukul. Eyka Farhana 17, sanggup memberi kebenaran kepada Rozita  untuk memukulnya. Adegan pukul tu benar benar dibuat supaya nampak real.

“Kesukarannya adalah untuk melakonkan watak didera itu sendiri selain perlu menangis. Bayangkan Che Ta sendiri menggigil untuk melaksanakan adegan itu kerana dia tidak sampai hati.

“Namun, demi menghasilkan lakonan yang ‘real’, Eyka membenarkan Che Ta memukul Eyka betul-betul. Eyka tidak kisah kalau sakit sedikit asalkan lakonan menjadi,”

Rozita Che Wan bawa watak Baidah yang hanya nak duit je, jaga anak yatim dia tak nak, selalu je dihantuk hantuk kepala si Eyka Farhana ni dalam drama tu, kalau nak tengok betapa kejam Baidah ni tgklah Bunga-bunga Syurga.

Eyka Farhana dipanggil Fazura Junior

Selain berbakat berlakon pelakon remaja  ini sering mendapat jolokan Fazura Junior.. kerana muka nya yang ada iras iras pelakon Nur Fazura, wajah lembut dan jelita.

Meh kita lihat wajah Eyka Farhana yang cun ni..nanti boleh lah ganti Fazura jadi duta Lux..

 

Tentang diri Eyka Farhana yang anda nak tahu?

Suka gigit kuku

mudah menangis bila dihina atau dikritik berlebih-lebihan

Perkataan wajib disebut setiap hari: Laparrrrr!!!!

Seorang yang banyak cakap, suka ketawa namun sangat mudah berubah ‘mood’.

Sudah berpunya atau belum: Sudah tetapi namanya biarlah rahsia lagipun kami terlalu muda untuk memperkatakan hal ini

Mudah tertarik pada lelaki..: Yang tinggi, mengambil berat, tidak terlalu manja, faham kerja Eyka serta menghormati keluarga Eyka.

suka lihat muka Nora Danish sebab dia comel tetapi belum pernah bertemu dengannya.

Pendapatan dari lakonan: Alhamdulillah Eyka sudah mampu memilikinya. Insya-Allah, kalau rajin sebulan bolehlah dapat RM5,000.

Eyka ada seorang kakak kurang upaya. Dia jadi begitu akibat demam panas semasa berusia enam bulan lagi. Antara sebab Eyka berlakon, selain mudah dapat wang Eyka mahu bantu ibu.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Eyka Farhana Sanggup Dipukul Rozita Che Wan Demi Watak Dalam Bunga Bunga Syurga”

  1. chii says:

    suka tgk lakonan dia dlm drama bunga2 syurga…mmg geram sgt che ta..tp demi menghidupkan watak kan..dia mmg berjaya..

    eyka ni mampu pergi jauh..lgpun umo pun muda lagi :)
    chii recently posted..Aksi Budak Lelaki Kacak

  2. nurmisnan says:

    Tak tgk pun bunga2 cinta coz jahat sgtsi rozita tuh dgn budak2..
    aku plak yg emo nanti.. tak pasal2 mr. hubby kena lepuk.. hik3
    nurmisnan recently posted..Match band + footbal

  3. titan says:

    pehh..bertambah lagi sorang perempuan..
    titan recently posted..Disebalik kekacakan WootMedia..

  4. yas says:

    Menangis bila dikutuk atau dikritik lebih2an….semoga dpt menjaga diri bila dh bergelar artis nih yerr…
    yas recently posted..PEMBULI ATAU DIBULI?

  5. aku mmg minat eyka ni tpi aku kenal boyfriend dia,tersentuh jgak laa bca kisah pengorbanan dia nak bantu mak jga kakak.semoga dia add fb aku:muhamadazwan97@yahoo.com

  6. akubiomed says:

    Agak-agak slot drama ini mampu menarik rating yang tinggi. Menyampah juga melihat Kak Ita garang macam rimau. :-)
    akubiomed recently posted..Blog AkuBiomed mencalon diri DiGi WWWOW Awards 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold