Endless Love versi Filipina Di Tv3 + Sinopsis

Drama bersiri Endless Love diadaptasi dari drama Korea  Autumn  in My Heart. Ia ditayangkan pada 28 Jun, 2010 yang dibintangi Dingdong Dantes sebagai Johnny Naas dan Marian Rivera sebagai dan Jenny, di bawah arahan Mac Alejandre. Siri ini disiarkan dalam versi Filipina di TV3 bermula 9 April  2012, Isnin hingga Khamis , jam 3.00 – 4 petang, 38 episod.

Sinopsis Endless Love

Johnny dan Jenny membesar sebagai abang dan adik. Kehidupan mereka berubah secara drastik apabila Jenny mengetahui bahawa dirinya bertukar dengan adik kandung Johnny yg bernama Shirley sewaktu dilahirkan, mereka dipisahkan. Keluarga Johnny telah berhijrah ke luar negara dan pulang ke negara selepas sedekad. Johnny dan Jenny bertemu kembali tetapi Johnny sudah bertunang manakala Jenny  dicintai oleh Andrew.
Andrew seorang pemuda yang nakal dan juga pemilik hotel tertarik dengan kecantikan Jenny, dan merasakan Jenny lah gadis yang sejati yang telah berjaya mengubah hidupnya menjadi lebih baik.

Namun, masalah mula timbul apabila Johnny dan Jenny tidak dapat membendung perasaan rindu dan kasih sayang antara mereka. Hubungan akrab antara Jenny dan Johnny kini bertukar menjadi cinta.  Johhny serba salah kerana dia sudah mempunyai tunang dan berusaha untuk menyembunyikan perasaan cintanya kepada Jenny. Manakala Jenny juga sudah ada Andrew.

Jenny menghidap luekimia, akhirnya  semua yang pernah memusuhi Jenny telah mula menyayanginya termasuk Shirley. Johnny dan Jenny akhirnya berkahwin dan Jenny menderita penyakit luekimia meninggal dunia. Jenny
sempat meninggalkan surat kepada Johnny, ibu bapa angkat dan ibu bapa kandungnya. Semasa pengebumian Jenny, mereka membaca surat yang ditulis oleh Jenny.


Pelakon: Marian Riviera, Ding Dong Dantes

 

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Endless Love versi Filipina Di Tv3 + Sinopsis”

  1. akan ada unsur-unsur kecurangan la ye dalam cerita ni
    sabree hussin recently posted..Duit Kertas Dari Daun Pokok

  2. mdmkillemall says:

    Da tgk ending dia.. lebeh kurang citer korea tuh la.. mati gak heronya.. uhuk3.. tp sbb skerkan marian and dingdong.. citer ni harus ku tgk jua.. ahak3..

  3. Ina says:

    Knp tv3 xsiarkn drama korea dy je?
    Msti lg bnyk dpt smbutan.

  4. ee says:

    aku suke gile tngok cite ni tadi.. hahaha

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold