Ebi Sujud Kat M Nasir Dalam Mania.. Apakah?

Semalam saya sempat jugak tengok Mania program realiti tv yang baru, konsepnya berlainan dari Akademi Fantasia, Mania ni mengumpul dan mengambil balik artis artis yang dah ada album, yang baru dan tak berapa baru la jugak..contohnya Hafiz, Shila Amzah Awi Rafael, Stacy dan lain lain, kemudian mereka akan berentap untuk dipilih menjadi Superstar.

Kemudian ada 3 ikon duduk kat atas kerusi ala ala konsep Voice di USA tu buat, tapi Voice lain la dari Mania ni. Artis artis yang 12 orang ni dah dipilih oleh 3 ikon produser muzik, kemudian ada 3 hot seat yang perlu diisi lagi.

3 hot seat tu ialah dari 20 orang artis bekas AF dan Mentor, mereka diundi masuk oleh pengundi/peminat. Lepas tu terpulanglah kepada pihak Mania nak letak 3 orang artis tu di bawah ikon mana.

Konsep Mania dan Hot Seat ( baca sini)

Insiden Ebi sujud depan M Nasir

Semalam Ebi AF sudah dipilih oleh peminatnya dan membuat persembahan untuk Hot Seat dan dia diberi tempat di bawah M Nasir. Ebi menyanyikan lagu dari Queen, We Will Rock You. Agak kontroversi sikit la semalam, sebab penonton dan M Nasir sendiri nampaknya terkejut dengan tindakan Ebi yang sujud (macam orang sujud sembahyang depan Sifu M Nasir) selepas diumumkan akan berada di bawah ikon M Nasir..apekah? Apa yang dibuat oleh Ebi tu? nak sujud syukur ke apa? terkejut jugak la tengok.

Ada jugak lah orang komen di facebook, pasal insiden Ebi AF sujud kat M Nasir semalam. Bukan setakat sujud kat orang tu tak wajar, kalau nak membongkokkan diri pun, ¬†macam artis artis selalu buat epas habis perform…mereka boleh membongkok kan diri tanda hormat tapi jangan lah sampai mcm rukuk jugak. Tunduk sikit pun dah ok.

Lagu Sujud oleh Ebi AF ( nama sebenarnya Firdaus bin Yamal)

Sambutan dari penonton semalam nampak macam kureng je, tak meriah mcm dalam AF dulu..tak tau lah kot kot minggu depan orang akan datang tengok.

Persembahan dan pemilihan Ebi semalam juga nampaknya ramai memberi komen di facebook, mereka tak berapa suka nyanyian Ebi dan suaranya agak sumbang semalam. Apa nak buat itu adalah pemilihan peminat..undian sms macam2 boleh terjadi.

 

 

p/s: Hanya yang Maha Kuasa saja layak disujud.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “Ebi Sujud Kat M Nasir Dalam Mania.. Apakah?”

  1. hHnHN says:

    artis tak tau agama le ni…sesat

  2. nanie says:

    pernah tengok Hafiz af baca niat puasa dalam trek selebriti siap angkat tangan mcm berdoa..orang niat puasa niat je la dalam hati bukan macam baca doa makan..nampak sangat jahil

  3. wina93 says:

    tak suka ebi sumbang je

  4. fakhruddin says:

    ye la..saya pun pelik…nak hina islam ke hape dia ni..
    fakhruddin recently posted..Tahukan Korang? [Versi Blogger]

  5. tips says:

    suka tengok bila dah nak final je.. ;)
    tips recently posted..Hari Ini Blog Walking Je Sehingga 10,000 Langkah

  6. APAN says:

    aku x layan pun mende ni…kalau betul, mmg bodoh la beliau…
    APAN recently posted..Pembaca Berita Terkentut Depan Kamera

  7. akubiomed says:

    Mungkin terlalu excited hingga melakukan perkara yang janggal.
    akubiomed recently posted..Membidik di Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2012

  8. maniss says:

    moga diberi hidayah..Ya Allah selamatkan hamba2MU dari golongan jahiliah..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold