DJ Hot Fm Sharifah Aleya Bercerai

Terkejut jugak baca berita pasal dj Hot fm Sharifah Aleya dah bercerai, ternyata ia bukan gosip tetapi berita benar. Tidak ada sebarang gosip atau berita negatif mengenai pasangan ini yang berkahwin pada 8 Disember 2007. Sharifah Aleya, 29  berkahwin dengan Muhammad Ashraf Aasimudin, 32 dan mempunyai anak kembar Aza Ameena dan Asha Ameena.

Nuriz pernah tengok pasangan ni masuk dalam rancangan Serasi Bersama, baru jugak la rancangan tu, tahun lepas kot.

Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.

Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik.

“Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja.

Suami Aleya, Ashraf yang merupakan seorang komposer ketika dihubungi turut mengakui perceraian mereka.

sumber : kosmo

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold