Cinta Si Tukang Kasut di Astro Prima – lakonan Remy Ishak dan Ayu Raudhah

Sebuah telemovie romantik komedi lakonan Remy Ishak dan Ayu Raudhah akan menemui peminat drama di Astro Prima pada 19 Mac jam 9 malam. Para pelakon dalam telemovie arahan Apache ini ialah Zarina AF dan Liza Abdullah. Selalu saja Remy Ishak digandingkan dengan Tizz Zaqyah, kali ni kita lihat pula gandingan Ayu Raudhah dan Remy.

Remy Ishak berlakon komedi dah kita pernah tengok dalam Cun, apa apa saja watak Remy pasti boleh buat, jadi hero macho, jadi budak kampung..semua boleh.. :)

Sinopsis Cinta Si Tukang Kasut

Mengisahkan Badrul mencintai wanita bernama Lola yang agak kasar dan berperangai ala tomboy. Cinta Badrul tidak dibalas oleh Lola, malahan Badrul rupanya dicintai oleh Loli wanita yang agak lembut ayu dan feminin. Badrul pulak tidak mencintai Loli. Dapatkah Lola menerima cinta Badrul nanti? saksikan nanti di Astro Prima.

Ni gambar Remy Ishak shooting Cinta Si Tukang Kaust, dari blog peribadi Remy Ishak http://dakamat.blogspot.com

Shooting Cinta Si Tukang Kasut dibuat di sekitar Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Nuriz rasa Lola yang kasar tu lakonan ayu Raudhah, sebab tengok promo kat tv Ayu kasar sikit, Loli ni mesti lakonan Zarina af kot..

Ayu Raudhah pernah berlakon dengan Zamarul Hisham tajuknya Cinta Si Abang Lori, romantik komedi jugak la..kali ni dia bercinta dengan abang tukang kasut pulak. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold