Buruh Kontraktor Didakwa Bunuh Dirang

Saya percaya ramai yang mengikuti berita dan perkembangan kes kanak-kanak kecil bernama Dirang yang diculik dan dibunuh awal bulan  ini. Perkembangan terbaru kes Dirang, seorang pemuda telah ditahan dan didakwa. Pemuda yang bekerja sebagai buruh kontraktor itu,telah didakwa membunuh Dirang bernama Muidin Maidin berusia 24 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bharu.

Tertuduh, Muidin Maidin, 24, didakwa membunuh Dirang di sebuah ladang kelapa sawit di Bandar Seri Alam kira-kira jam 11 pagi hingga 7 malam pada 1 Mac lalu.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pada prosiding hari ini, tertuduh mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd  Isa Mohamed, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Mei bagi sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu laporan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M Vinodharan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, keluarga Dirang, turut hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding yang dijalankan.

Ibunya, Roselyn Alan, 25, hadir bersama Milnah Jul, 56, dan saudara terdekat hadir kira- kira jam 9.30 pagi.

 

polis mengiringi seorang buruh Muidin Maidin

Keluarga Dirang sentiasa terganggu dan terancam sejak kematian Dirang

Ibunya, Roselyn Alan, 25, berkata, kehidupan mereka sekeluarga tidak tenteram berikutan beberapa insiden seperti cubaan samun dan dikejar individu tidak dikenali.

“Sejak dua hari lalu, rumah yang kami diami cuba dipecah masuk kira-kira jam 1 pagi. Ketika itu, kami semua sedang lena tidur, namun adik ipar terdengar bunyi penjenayah cuba memecah masuk melalui bumbung.

“Pada mulanya, kami sangka ia bunyi burung yang berjalan di siling, tetapi penjenayah itu cuba pecahkan siling menyebabkan ibu bertindak mengambil batang besi lalu mengetuk pintu dengan kuat, menyebabkan penjenayah itu melarikan diri,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan isterinya, Bibi Zakiah Meraslam di rumah mereka di Flet Seri Delima, Bandar Seri Alam, di sini, semalam.

Roselyn memberitahu, ia merupakan kejadian pertama cubaan pecah rumah dialaminya sejak hampir setahun setengah mereka sekeluarga menetap di situ.

Jelasnya, atas dasar keselamatan, mereka sekeluarga telah berpindah ke blok lain di situ.

“Kami bukan tidak mahu pindah tempat lain, tapi berasa selesa di sini kerana terdapat ramai saudara-mara yang tinggal di flet ini,” katanya.

Ibu tiga anak ini juga mendakwa, adik bongsu lelakinya, Mohd Hakim Alan, 14, dikejar tiga individu tidak dikenali dalam tiga kejadian berasingan.

Roselyn percaya kejadian yang berlaku ada kena mengena dengan kes kematian Dirang.

Sementara itu, menceritakan detik-detik cemas dialaminya, Mohd Hakim berkata, kejadian pertama dia dikejar ialah ketika hendak ke kafe siber berdekatan rumah.

“Ketika itu lebih kurang jam 1 tengah hari, saya hendak ke kafe siber, kemudian ada lelaki cuba mendekati sambil memanggil saya dekat dengannya. Dia kemudian bertanya saya anak siapa.

“Tidak mengendahkan lelaki itu, saya kemudian bertindak melarikan diri lalu dikejar,” katanya.

Mohd Hakim berkata, insiden yang sama turut berlaku selang beberapa hari lalu dan mendakwa lelaki itu menaiki kereta Kancil berwarna merah sentiasa mengekorinya.

sumber : Sinar Harian

 

Diharapkan pembunuh Dirang mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Tertuduh baru saja dituduh jadi kita tunggu saja keputusan di Mahkamah , bagaimana nanti.

Agak hairan jugak keluarga Dirang ni mendakwa mereka diancam dan diganggu oleh orang tak dikenali ye, apa sebabnya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Buruh Kontraktor Didakwa Bunuh Dirang”

  1. nurmisnan says:

    Macam2 perkara berlaku pada keluarga arwah.. dugaan besar..

    Yes.. kita harapkan agar manusia kufarat itu dihukum berat..
    nurmisnan recently posted..Khasiat daun roket atau arugula antikanser

  2. akubiomed says:

    Sudah tentu kehilangan Dirang tidak boleh diganti dan akan diingati sebagai titik hitam selamanya antara sisipan jenayah kejam.
    akubiomed recently posted..Bantu saya cadang untuk masakan ikan Salmon

  3. suri says:

    yang hilang pasti akan d kenag bila2…kasih ttp bersemi walau dugaan dtg menyapa hrp kluga tabah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold