Beli Album Setemku Ombak Rindu Edisi Terhad

Sejak ditayangkan di pawagam, filem Ombak Rindu mendapat sambutan menggalakkan dan mencipta sejarah tersendiri, dengan kutipan 10 juta lebih. Kini para peminat Ombak Rindu boleh mengabadikan kisah kisah dan gambar gambar dalam babak babak Ombak Rindu sebagai kenang-kenangan.

Kisah romantik yang dilakonkan oleh Aaron Aziz dan Maya Karin ini ialah sebuah  perjalanan cinta sejati yang penuh halangan. Sedar dengan sambutan hebat dan mencetuskan fenomena baru dalam dunia perfileman tanah air, pihak Pos Malaysia juga telah menghasilkan satu set khas Folder SetemKu Ombak Rindu yang mengandungi:

-2 keping setem peribadi,

-1 sampul surat yang direka khas dan

7 keping Poskad Ombak Rindu.

Dengan penghargaan dari pihak Pos Malaysia,  menjadikan Ombak Rindu sebagai filem pertama yang menerima penghargaan ini.

 

Dapatkan edisi terhad album Setemku Ombak Rindu sebelum kehabisan,anda boleh beli secara online di

www.postme.com.my. Hanya seribu unit saja dan tidak akan dicetak semula.

Dapatkan sekarang di mana- mana 14 cawangan pejabat  pos di Malaysia terpilih. Jika sekiranya anda membuat tempahan melalui www.postme.com.my  semasa membuat tempahan di www.postme.com.my pilih pembayaran secara tunai.

Diskaun 10 peratus diberi kepada pelanggan yang membeli koleksi edisi bermula Ahad lalu.

Album Setemku Ombak Rindu edisi terhad ini mengandungi 24 muka surat yang berwarna-warni yang memaparkan adegan yang berbeza daripada filem yang juga dirakamkan.

Koleksi Setemku edisi terhad, terdiri daripada album setem dan set folder itu berbentuk album setem 24 muka surat berharga RM199 mengandungi enam helai setem peribadi berjumlah 48 keping, poskad babak-babak filem Ombak Rindu bersama DVD filem berkenaan.

Album dijual pada harga rm199, manakala set folder pada 59.90.

 

Gambar gambar setem Ombak Rindu

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Beli Album Setemku Ombak Rindu Edisi Terhad”

  1. akubiomed says:

    Peminta tegar Ombak Rindu mesti beli collector’s item ini. :-)
    akubiomed recently posted..Sambutan Earth Hour 2012 apa yang AkuBiomed bakal lakukan?

  2. faizfakhirin says:

    mesti menjadi rebutan nih…hahaha
    faizfakhirin recently posted..#OiLMatters Oil Sand Menjadi Rebutan dan Kerisauan Seluruh Dunia.

  3. APAN says:

    kalau ada yg beli ni mesti nak buat collection je…x sampai hati nak guna setem tu kot :)
    APAN recently posted..30 Kematian Pemain Bola Sepak Di Atas Padang (Part 1)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold