Awal Ashaari Lamar Scha Live di Propaganza 25 Mac

Pada 25 Mac pengacara Awal Ashaari telah membuat kejutan dengan melamar kekasihnya Scha al Yahya secara live di rancangan Propaganza Astro Ria tengah hari tadi. Awal memberitahu hari ini 25 Mac, ialah merupakan ulangtahun percintaan mereka yang kedua.

Ketika melamar Scha Al-Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin berlian, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia.

 

GAMBAR GAMBAR SCHA DAN AWAL DI MAJLIS PEMNGUMUMAN TARIKH KAHWIN

&  10 perkara yang anda nak tahu menjelang persiapan perkahwinan mereka

Scha Al-Yahya yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.

Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari sesuai untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya merupakan tarikh ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.

Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh pertunangan dan kahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini.

Sama sekali tidak dirancang, pasangan selebriti tersebut muncul dalam program hiburan berkenaan sebagai tetamu jemputan.

Dikemudikan oleh Reza Mohamad dan Marsha Milan Londoh, Propaganza merupakan program hiburan yang memaparkan pelbagai cerita menarik mengenai selebriti tanah air.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Awal Ashaari Lamar Scha Live di Propaganza 25 Mac”

  1. nurmisnan says:

    Bertuah Scha.. Memang Awal bersungguh2 memerlukan each other..
    nurmisnan recently posted..Gambar Angry birds atau burung marah yang sebenar

  2. akubiomed says:

    Kurang sesuai kalau ditolak macam mana? Sebaik-baik pergi jumpa orang tua dan berbincang.

    Tanniah kepada Awal dan Scha bakal menamatkan zaman bujang masing-masing.
    akubiomed recently posted..Bantu saya cadang untuk masakan ikan Salmon

  3. yas says:

    musim artis bertunang dan bernikah nih…hehehe
    yas recently posted..SIAPAKAH LELAKI KACAK 2012

  4. Juan says:

    musim orang nak kawin sana sini
    Juan recently posted..Streamyx Unifi Super Speed Me Latest Promotion

  5. shraqs says:

    Memang sesuai dengan rancangannya :) Propa habis nih!
    shraqs recently posted..Menangani Auto Spambot Direct Message Di Twitter

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold