Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya Sibuk Dengan Persiapan Perkahwinan Mereka

Pada bulan Februari lalu, Awal dan Scha Al yahya ada menyebut pasal penagguhan perkahwinan mereka kerana lokasi sudah penuh di PICC, dan memberi peluang kepada pasangan Lisa Surihani dan Yusry melangsungkan pernikahan. Pasangan Scha dan Awal mengakui, sekarang sedang sibuk mempersiapkan majlis perkahwinan mereka yang bakal diadakan pada tahun ini juga.

Scha dan Awal Ashaari menghadiri majlis Resepsi Lisa dan Yusry

 

Ramai artis nak melangsungkan perkahwinan tahun ini ye. Scha dan Awal masih merahsiakan tarikh perkahwinan mereka kerana menghormati keluarga kedua-dua belah pihak kerana masih terlalu awal untuk diumumkan.

Awal mengakui sudah ada tarikh yang sesuai bagi melangsungkan hari bahagia mereka berdua dan mengharapkan peminat dan media faham akan situasi mereka sekarang. Harap para peminat Scha dan Awal sabar menanti :)

Awal tidak mahu masyarakat dan peminat melabelkan majlis pernikahan mereka nanti sebagai Wedding of  The Year

kata Awal,

“Tarikhnya sudah ada. Tapi saya tidak boleh umumkan lagi kerana menghormati pihak keluarga. Bukan sebelah pihak saya sahaja, tetapi di sebelah pihak Scha juga. Kami akan adakan sidang media untuk buat pengumuman tentang majlis itu dan harap pihak media serta peminat memahami situasi kami. Apa yang boleh saya katakan, majlis perkahwinan kami akan berlangsung dalam tahun ini juga,”

 

“Sekarang ini persiapan sudah siap 60 peratus. Tapi kami belum sempat menempah baju perkahwinan kerana masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran. Lagipun, saya dan Scha masih mencari-cari pereka fesyen yang sesuai. Memang ada yang mahu menaja, namun kami masih lagi memikirkannya.

Kalau boleh, kami tidak mahu terlalu bergantung kepada penajaan. Biarlah berpada-pada. Saya tidak mahu kerana mengejar penajaan, majlis pernikahan dan resepsi kami tidak seperti yang diimpikan. Kalau kami ini tidak kisah, memang kami bolot semua penajaan yang datang,”

Saya dan Scha tidak bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang. Sebaliknya, kami hanya  mahukan sebuah majlis yang biasa untuk kami berkongsi saat-saat indah bersama peminat dan juga pihak media yang banyak memberi sokongan,”

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya Sibuk Dengan Persiapan Perkahwinan Mereka”

  1. Norizwan says:

    memang secocok dengan baju pink ini…
    Norizwan recently posted..Polis mahu menangkap suspek ugut Ibu Nurul Nadirah (Dirang)

  2. nurmisnan says:

    Alhamdulillah3… berita yg sgt baik dan menggembirakan semua peminat beliau..
    langkah yg bijak dan lebih menuju kebaikan
    nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #36

  3. Myra Jay says:

    Selalu dengar ayat artis bila nak kawen
    ‘Perkahwinan yang biasa2 je, taknak yang besar2an’

    tapi masa kawen nahhh gilang gemilang jugak :)

    BTW tahniah buat Awal dan Scha.. So sweet :)
    Myra Jay recently posted..‘Rempah Sauna’ Mana nak cari??

  4. cantik la scha tu
    sabree hussin recently posted..Berhenti Kerja Untuk Jadi Kaya

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold