Apple Akan Lancar iPad3 Pada 7 Mac Ini

Apple mengumumkan komputer tablet terbaru iPad 3 akan dilancarkan pada 7 Mac ini di San Francisco. Di samping tu pihak Apple dijangkakan mengumumkan  iPad2 dengan 8GB memberikan banyak pilihan
kepada pengguna iPad. Sebelum ni iPad 2 hanya ada dalam versi 16, 32 dan 64 GB.

Mungkin jugak pihak Apple mahu bersaing dengan tablet lain di pasaran yang berasaskan Windows 8, apabila mereka memperkenalkan iPad2 dengan 8GB dgn harga yang lebih murah.

Kabar angin mengenai iPad 3
Menurut DigitImes, iPad 3 ini akan didatangkan dalam 2 versi iaitu 16GB dan 32GB.

Dijangkakan iPad3 akan mempunyai 3G, 4G atau Wi-Fi, lebih laju dari prestasi iPad2 dengan penambahan RAM. Khabar angin mengatakan paparan skrin akan lebih baik dan jelas kerana diperbuat oleh syarikat Sharp.

Mungkin jugak iPad3 akan dilengkapi dengan kamera HD di bahagian depan.  iPad 3 ini mungkin mempunyai dengan saiz 9.7 inci dan Full HD dengan resolusi 2048 x1536.

Apa yang dilaporkan mengenai spesifikasi oleh DigiTimes ini adalah rumors atau kabar angin, boleh jadi ia benar ataupun boleh jadi tidak.

Nampaknya iPad 3 akan muncul di Malaysia juga tidak lama lagi dalam tahun 2012 ni.
Kita lihat harga iPad 2 yang sudah lama berada di pasaran

ipAd2 16 GB dgn Wi-Fi -RM1499
iPad2 32GB dgn Wi-Fi -RM1799
iPAd2 64GB dgn Wi-Fi -RM2099

iPad 2 16GB Wifi dgn 3G -RM1899

ipad 2 32GB Wifi dan 3G -RM2199

iPad2 64GB Wifi dan 3G -RM2499

 

iPad 3 eksklusif preview

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Apple Akan Lancar iPad3 Pada 7 Mac Ini”

  1. akubiomed says:

    iPad2 masih lagi mahal berbanding produk saingannya.
    akubiomed recently posted..Perasaan pertama kali menjadi Babah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold