Anak Merajuk, Rozita Che Wan Lebihkan Abang

Lepas berita kehilangan anak pelakon Rozita Che Wan, Aniq Ezra Azuar Effendy, 14 menjadi perhatian media dan menjadi trending topic di twitter, barulah diketahui punca kenapa Aniq hilang / menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah. Rupanya Aniq yang baru tingkatan 2 ni merajuk kerana ibunya, Rozita Che Wan dikatakan melebihkan abangnya,  Ammar Effendy, 16 tahun.

Itu yang diberitahu oleh Aniq kepada pihak polis kenapa dia melarikan diri dan tidak pulang ke rumah.

 

“Alhamdulillah, Aniq tak apa-apa. Dia berada di rumah salah seorang rakannya. Dia lari sebab merajuk dengan saya.
“Mujurlah rakan-rakan Aniq dan rakan-rakan Ammar (anak sulung Rozita) membantu saya mencari Aniq,” katanya yang turut meminta bantuan polis untuk mencari anaknya itu.
Menurut Rozita, anaknya itu memberitahu pihak polis punca dia melarikan diri adalah kerana aktres itu sering melebihkan abangnya, Ammar Effendi.
Pada Sabtu lalu, kecoh di laman Twitter mengatakan Aniq Ezra hilang sehingga namanya menjadi ‘trending topic’ di kalangan pengguna laman tersebut.
Anak lelaki akters ini dilaporkan kali terakhir dilihat berada di USJ 11/12 pada jam 4 petang Jumaat lalu.
sumber: Sinar Harian
Memang merisaukan sejak akhir akhir ini berita kehilangan kanak kanak menjadi tumpuan dan apabila berita tentang anak pelakon popular hilang sudah tentu lagi mendapat perhatian. Nasib baiklah dah jumpa semula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Anak Merajuk, Rozita Che Wan Lebihkan Abang”

  1. Ummi Hanie says:

    bila anak dah pndai merajuk… haih, susah juga nak jaga hati anak2 ye… itu baru dua.. kalo dah 5 mcm sy ni? ;)
    Ummi Hanie recently posted..Annisa’ program baru di TV Al-Hijrah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold