Aiman Hakim Redza Antara 10 Carian Tertinggi Google Malaysia

Vanila Coklat mula ditayangkan pada 20 Disember 2011, sebanyak 13 episod, semenjak ditayangkan di TV3, pelakon utama drama romantik komedi tiu, Aiman Hakim Redza 23, semakin dikenali ramai. Aiman pernah memasuki rancangan realiti Mentor musim ke 5 tetapi dia kurang bernasib baik. Rezeki Aiman nampaknya lebih kepada dalam lakonan. Kerana watak Amir yang dipaksa kahwin dengan Zara (lakonan Izara Aishah) Aiman semakin dikenali ramai.

Aiman Hakim Ridza antara nama selebriti tunggal tempatan yang mendapat tempat ke 9 dari 10 carian tertinggi di Google untuk bulan Februari, itu yang dilaporkan oleh Google Malaysia.

Aiman Hakim sudah popular tetapi janji tak lupa diri

Aiman berkata, walaupun sudah mula dikenali, hakikatnya dia adalah seorang pelakon baru yang masih dalam proses pembelajaran dan perlu mencuba pelbagai watak sekiranya ditawarkan.

“Popular tidak menjamin kejayaan saya sebagai pelakon kerana sedar diri saya masih baru dan perlu lebih banyak pendedahan dalam bidang lakonan.

“Kejayaan drama ini juga tidak bererti saya akan mula memilih watak selepas ini hanya kerana telah dikenali,

Aiman masih minat menyanyi

populariti yang dimiliki perlu digunakan sebaik mungkin selain perlu terus berusaha untuk memperbaiki diri supaya mendapat sokongan peminat.

“Insya-Allah kejayaan saya tidak akan membuatkan saya hanyut sebaliknya akan lebih berusaha keras dalam membina nama dalam bidang ini.

“Saya akan terus melakukan apa yang dirasakan betul dengan mendapat nasihat daripada orang terdekat,” katanya.

Sementara itu, Aiman yang juga bekas peserta program realiti Mentor musim ke-5 bersama mentornya, penyanyi Rahim Maarof memberitahu walaupun sudah mencipta nama sebagai pelakon dia masih memasang hasrat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian.

Kata Aiman, buat permulaan dia bakal muncul dengan single terbaru berjudul “Bicara Hati” ciptaan Adi dari kumpulan 6ixth Sense dalam masa terdekat.

sumber : mstar online

Biodata Aiman

Aiman Hakim Ridza Abdoh berusia 23 tahun, sangat suka  menyanyi dan bermain gitar, hobi Aiman yang lain ialah bersukan. Bola Sepak adalah sebahagian dari hidup Aiman dan pernah mewakili negara ke Kelayakkan Piala Dunia U17. Pengalaman yang tidak akan dilupakan adalah semasa bermain bola sepak bersama skuad Bayern Munich.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Aiman Hakim Redza Antara 10 Carian Tertinggi Google Malaysia”

  1. Din says:

    fuyooo..glemer lah pulak dia ni..
    izara org tak cari ke?
    Din recently posted..Alamak!! Tadi Aku Pergi Tandas Dengan Siapa?

  2. titan says:

    kecik aje ye perempuan tu..
    titan recently posted..Lelaki kacak harus pandai main catur.

  3. Norizwan says:

    saya suka zara tu jer…tak glamor tp orgnya comel…:P
    Norizwan recently posted..[3 gambar] Jambatan Brooklyn pecah ditutup jalan selama 3 jam

  4. akubiomed says:

    Lepas ini tentu banyak tawaran berlaku kerana beliau pun masih muda lagi peluang untuk menjadi kalangan hero terhangat Malaysia.
    akubiomed recently posted..Video promo Proton P3-21A

  5. izzatie rabitul asna says:

    izara aisyah memeng cantik lah cute lagi tu very cute

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold