Aiman dan Izara Aishah Sudah Ada Kekasih Hati

Vanila Coklat yang menggandingkan pelakon Aiman Hakim Redza dan Izara Aishah ternyata memberi impak hebat dan kesan kepada peminat drama. Vanila Coklat punya peminat tersendiri, ada fan page khas di Facebook, sering menjadi trending topic di twitter setiap minggu,

Peminat mahu Aiman dan Izara Aishah couple di luar drama?

Kesan dari drama romantik komedi ini masih lagi terasa biarpun drama itu sudah pun tamat, hingga ada peminat ingin sangat Aiman dan Izara Aishah couple di luar drama. Tu dia!! begitu kuat impak Vanila Coklat ye.

 

Izara Aishah sudah ada kekasih hati.

Walaupun peminat mengimpikan Aiman dan Izara terus couple atau terus bercinta seperti dalam drama tu, tetapi sebenarnya Izara sudah ada kekasih hati, pengakuan Izara sendiri dalam sebuah akhbar ketika di tanya mengenai sama ada dia sudah berpunya atau belum? Ikhlasnya pelakon berusia 20 tahun ini jujur mengatakan dia sudah berpunya :)

“Saya sudah ada kekasih hati dan saya sudah berpunya,”  

Izara enggan menyatakan siapa nama kekasihnya tu, dan dia hanya memberitahu yang mereka sudah lama berkenalan dan berkawan.

“Apa yang boleh saya katakan kami sudah lama berkawan. Sejak di tingkatan dua lagi kami sudah berkenalan dan sehingga hari ini hubungan kami masih baik.

“Paling penting dia pandai mengambil hati saya, bertanggungjawab dan sentiasa menyokong kerjaya seni saya untuk lebih maju.

“Kalau nak tanya apa akan jadi pada hubungan kami, masih terlalu awal untuk ditelah. Jangan risau saya belum lagi nak kahwin dalam masa terdekat ni,”

 AIMAN HAKIM Ridza antara 10 Carian Tertinggi Google Malaysia

Kekasih Aiman Hakim Redza a.k.a Amir Vanila Coklat

Bagaimana pula dengan hero Vanila Coklat ni, biarpun belum ada pengakuan dari mulut pelakon tinggi lampai ini, tetapi sudah ada gambar Aiman bersama seorang gadis tersebar di internet, gadis itu  digosipkan sebagai kekasih hatinya. Sama ada ianya benar atau tidak wanita itu ialah buah hati Aiman..tunggu saja pengakuan dari Aiman nanti.

 

 

Sekarang sudah ada cadangan nampaknya di fan page Vanila Coklat untuk buat T- shirt  Vanila coklat, mesti dapat sambutan hangat ni..:)

 

Babak akhir yang sweet dalam Vanila Coklat

 

 

Sambutan hebat Vanila Coklat  ZARAMIR fan 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Aiman dan Izara Aishah Sudah Ada Kekasih Hati”

  1. titan says:

    orang perempuan mesti suka betul cerita nih. huhu..
    titan recently posted..Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012

  2. akubiomed says:

    Nampak watak yang dilakonkan memberi kesan hingga terbawa-bawa diluar pengembaraan.
    akubiomed recently posted..Video promo Proton P3-21A

  3. chii says:

    susah gak kalau terbawa sampai luar..ehehe
    chii recently posted..Banjir

  4. kaka says:

    drama ni totally addicted.i 40 kali dah ulang drama ni.but still x boring.love you la vanila coklat.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold