Penyanyi Whitney Houston ditemui meninggal di dalam biliknya di sebuah hotel di Beverly Hills California pada Sabtu 11 Februari 2012, yang juga pada malam tu berlangsungnya Grammy Awards ke 54. Punca kematian Whitney, 48 masih tidak diketahui, dan sedang dalam proses penyiasatan. Sebelum meninggal. Whitney sempat membuat persembahan di majlis pra Grammy awards pada hari Khamis.
Berita itu memang mengejutkan apabila artis pujaan ramai itu didapati meninggal di saat Anugerah Garammy yang berprestij itu bakal berlangsung, pada malam tu ramai karyawan seni akan diberi penghargaan.
Whitney Houston suara dia memang sedap dan power, lagu dia yang popular Saving All My Love For You, How Will I Know, I have Nothing, The Greatest Love Of All. Pada tahun 1992 pernah berlakon dalam filem The Bodyguard dengan Kevin Costner. Dia dikelaskan sebagai artis paling laris didunia pada tahun 1980-an dan 90-an.

video lagu I will always love you..ost The Bodyguard
Tapi Whitney jugak telah terlibat dalam ketagihan dadah hingga menyababkan diri dia tak terurus dan semakin kurus, rumahtangganya dengan Bobby Brown jugak tidak berjaya.
Siapa lagi artis yang hebat dan menjadi lagenda meninggal di dalam bilik? Elvis Presley, King of rock and roll jugak ketagihan, meninggal sebab telan pil tidur dan ambil dadah. Michael Jackson jugak meninggal dalam bilik (puncanya yg ni telan mcm2 ubat sabgat). Artis dan selebriti lain yang mati muda mcm Bruce Lee dan Marilyn Monroe, yang hayat mereka tamat kerana pengambilan ubat2 berlebihan atau ketagihan dadah.
Mereka ni hidup dalam kemasyhuran dan kemewahan tetapi tidak tenang walaupun duit berlambak, menghiburkan orang tapi diri sendiri tidak.
February 12th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

Saya masih ingat lagi lakonan beliau didalam filem Bodyguard banyak berkisar kisah beliau.
akubiomed recently posted..R.I.P. Whitney Houston 1963-2012
best filem tu , masa sekolah dulu saya tgk hehe
Suara dia mmg sedap betull….berangan ada awek suarasedap cmni hehe…:-)