Penyanyi kumpulan Shades, Wan atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd Ali, 38 tahun lama menyepi dari dunia seni, kini wajahnya muncul dalam drama Atas Nama Cinta.

Baru je muncul dah timbul gosip dan cerita kurang enak mengenai Wan Shades ni, nama dia telah dikaitkan dengan satu kes rogol seorang kanak-kanak.
Wan Shades telah membuat laporan polis
Wan Shades membuat laporan polis di Balai Polis Ukay Perdana selepas dituduh melakukan serangan seksual iaitu merogol anak tirinya dalam sebuah blog hiburan.
Nama Wan Shades telah disensasikan dengan kes seorang penyanyi kumpulan R&B yang terkenal suatu ketika dulu dikatakan telah ditahan reman kerana disyaki merogol anak tirinya sendiri.
Wan Shades Nak Saman Malu Penulis Yang Memfitnahnya
Wan telah tampil memberikan maklum balas berhubung isu itu dan menafikan bukan dirinya sebagai suspek yang melakukan serangan seksual itu dan melihat fitnah itu adalah tidak berasas memandangkan dia masih lagi belum berkahwin
“Tuduhan palsu itu menjatuhkan maruah saya yang kini aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan. Kerana fitnah blog itu, ramai pihak menunding jari dan memarahi saya hingga menjatuhkan maruah sebagai artis dan memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia.
“Saya terkejut selepas melihat dakwaan itu selain mendapati peminat dan orang ramai memberi kata-kata negatif hingga menjatuhkan maruah. Saya akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk saman malu terhadap penyebar fitnah,”
sumber : mynews hub.my
p/s: jaga jaga Wan Shades ni ada silat gayung
February 26th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

…bukan nak tunding jarilah tapi begitulah sesetengah blogger yg terlalu kemaruk nak cari berita sensasi..nama pun kes sedang dlm siasatan tapi kita dok beria-ria mengemukakan nama yg kita tak pasti betul ke pelakunya?
hud aikara recently posted..sabtu yang boring.
Blogger perlu bertanggungjawab jangan membuat rumusan sendiri kerana kes ini masih didalam siasatan polis.