Ulat dan Nabi Daud A.S

Hari ini saya nak kongsi cerita tentang Nabi Daud A.S, cerita yg diambil dari forum. Dalam kitab Imam Al-Ghazali ada menceritakan pada ketika Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba tiba dia terlihat seekor ulat merah pada debu.

Nabi Daud berkata dalam hatinya “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik saja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata kepada Nabi Daud A.S..
“Wahai NAbi Allah, Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca

“Subhanallah, Walhamdulillah,  wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca

‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah berkata begiru, maka ulat itu pun bertanya kepada Nabi DAud A.S ,
“Apakah yang dapat kamu beritahu aku agar aku dapat faedah dari mu?”

Nabi Daud pun tersedar bahawa dia telah salah kerana memandang rendah kepada ulat tersebut dan dia sangat takut kepada Allah SWT , maka Nabi DAud A.S pun bertaubat kepada Allah SWT.

Ini lah sikap terpuji para Nabi A.S yang apabila tersedar dari melakukan kesilapan mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold